Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aidil Menangis Kerana Fasha...

KUALA LUMPUR – Pelakon Aidil Aziz berkongsi berita gembira dengan netizen apabila memaklumkan...

Kepimpinan UMNO, Meriahkan Muktamar...

KUANTAN - Rombongan daripada kepimpinan UMNO hadir memeriahkan Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di...

82 Kereta Klon Disita...

SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyita 82 kereta klon di...

Alasan Tak Munasabah Seks...

Accra (Ghana) - Seorang pekerja di rumah mayat di sebuah hospital di sini...

Adira AF Kini Bertudung, Nafi Sebab Mahu Berkahwin

ALHAMDULILLAH, nampaknya tahun ini menyaksikan seorang demi seorang artis wanita Islam memilih untuk berhijrah ke arah yang lebih baik iaitu bertudung.

Salah seorangnya, penyanyi putih melepak, Adira AF.

Perubahan itu sekaligus mengejutkan para peminat, namun rata-ratanya menerima positif imej terbaru penyanyi itu.

Namun, timbul kenyataan ‘nakal’ yang mengaitkan pernghijrahan Adira itu dengan gosip yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati, Shahrul Nasrun Kamarudin tidak lama lagi.

Menerusi Berita Harian, penyanyi itu menafikan imej bertudungnya itu ada kaitan dengan perihal kahwin.

“Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya.

“Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri.


“Tiada alasan tertentu untuk perubahan ini,”  jelasnya.

Baguslah jika begitu. Sebabnya, sebaik-baik perubahan itu adalah kerana Allah S.W.T agar ianya dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat, tak gitu?

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori