Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAN Mahu JAIS Tahan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)...

Lelaki Dibebaskan Selepas 25...

SEORANG lelaki dari Amerika Syarikat, Darryl Pinkins, 63, yang tersilap dipenjarakan selama 25...

Pintu Sempadan Padang Besar...

Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar dibuka hari ini bermula 6...

Mayat Janda Ditemui Di...

SHAH ALAM - Mayat seorang janda berusia 37 tahun dipercayai dibunuh ditemukan dengan...

Adik Muhammad Naufal, Terus Kuat!

SEDANG kita kalau demam beberapa hari pun sudah tidak berdaya, inikan pula tujuh tahun menderita kanser.

Itulah ajaibnya semangat kekuatan adik Muhammad Naufal Mohd Nazrin, 9 tahun yang sedang berjuang melawan kanser otak tahap empat.

80 peratus hayatnya bertarung nyawa apabila didiagnosis penyakit itu sejak berumur dua tahun, usia yang masih hijau untuk mengenal derita kesakitan.

Adik Naufal sudah hampir 30 kali mengharungi kimoterapi yang menyakitkan dan rawatan radioterapi selama 37 hari tanpa henti.

Kesan sampingan dari rawatan radioterapi ialah kekeringan mulut akibat kekurangan penghasilan air liur dan batuk kronik disebabkan fibrosis tisu paru-paru, yang memerlukan masa 6 bulan atau lebih untuk pulih.

Ditambah pula dengan kesan sampingan rawatan kimoterapi, anak ini terus gagah melawan segala kesakitan di setiap inci tubuhnya.

Kalau dulu, dia boleh berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak lain, keupayaan itu semakin hari semakin pudar dek penyakit yang dihadapinya.

Semuanya terpaksa dihadapi oleh adik Naufal.

Namun kini, keadaannya kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak sebulan lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Adik Naufal sukar bernafas dan terpaksa ditidurkan selama 2 minggu apabila turut diserang sawan.

Tubuh kecil itu berselirat dengan wayar, tiub dan hos ketika ini.

Kos perubatannya terus meningkat dari hari ke hari.


Nor Akmal Muktar Afandi, 36, dan Mohd Nazrin Zulkifli, 39, ibu bapa kepada adik Naufal, ketika ini buntu mencari dana menampung kos perubatan anak sulung mereka yang hampir mencecah RM100,000.

“Saya mohon sangat bantuan orang ramai supaya dapat kurangkan beban kami sekeluarga, duit simpanan semua habis diguna untuk perubatan Naufal, saya tak tahu di mana lagi nak cari duit untuk tanggung kosnya,” kata ibu cekal ini.

Ketika ini mereka bergantung kepada belas ihsan keluarga dan rakan-rakan bagi membiayai kos perubatan anak kesayangan mereka.

Sumbangan boleh disalurkan ke nombor akaun Nor Akmal 1140 7604 4919 (Maybank).

Mudah-mudahan dengan bantuan yang diberikan bakal menjadi talian hayat untuk adik Naufal.

Nor Akmal dan suami sentiasa berharap suatu hari nanti, anak kesayangan mereka bakal melangkah keluar dari pintu hospital dengan tawa riang gembira seperti kanak-kanak lain.

Buat ketika ini, adik Naufal perlu terus bertahan.

Naufal, terus kuat wahai si pahlawan kecil! – MYNEWSHUB.CC

Kategori