Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sentiasa Dapat Perhatian BN...

BALING - Masyarakat Siam di daerah ini yang kebanyakannya petani mahukan kehidupan yang...

“Tak Perlu Takut, Saya...

SINIS... Datuk Seri Najib Tun Razak hairan apabila Pakatan Harapan (PH) takut lihat...

Isu Tan Cheng Hoe...

ALOR SETAR - Ganjaran menanti skuad Kedah andai berjaya membawa pulang Piala FA...

Dipenjara Curi RM20 Tabung...

TAK tahulah mahu rasa simpati atau tidak bila ada kes yang seperti ini...

Adik Jual Nasi Lemak Dibantu Lembaga Zakat Selangor

KISAH seorang gadis belasan tahun yang gigih berniaga di hadapan sebuah bank demi meringgankan beban keluarganya yang viral sebelum ini, mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor.

Remaja yang masih tidak diketahui namanya ini difahamkan menjual nasi lemak masakan ibunya di hadapan sebuah cawangan Maybank di Ampang semenjak dua bulan lalu.

Menerusi laman facebook, Lembaga Zakat Selangor memaklumkan pihaknya sudah menghulurkan bantuan kepada keluarga itu.

“Alhamdulilah ada masyarakat prihatin kepada adik ini dan LZS juga sudah menyalurkan bantuan kepada keluarganya.

“Ayahnya Ahmad Sanusi, 43 tidak bekerja kerana sakit jantung dibantu LZS untuk kos pembedahan RM14,000 pada Mei lalu,” tulisnya.

Adik Jual Nasi Lemak Dibantu Lembaga Zakat Selangor


Difahamkan, ibunya kini bekerja di pasaraya bagi menampung keperluan anak-anak berumur 15, 12, 11, 7 dan 3 tahun.

Sebelum ini, gambar adik tersebut sedang duduk di kerusi menanti nasi lemaknya terjual mendapat perhatian dan ramai netizen menzahirkan rasa terharu dengan kecekalannya mencari rezeki meringankan beban keluarga.

Tidak kurang juga yang mendoakan adik tersebut berjaya dalam kehidupan dan keluarganya beroleh kesenangan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori