Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sanggup Berhabis Demi Miliki...

KUALA LUMPUR - Hanya kerana minat, pengumpul tegar koleksi mainan lama, Muhamad Faiq...

Lepas Usher, Yuna ‘Merayu’...

SELEPAS berjaya merakamkan lagu duet dengan penyanyi R&B terkenal Usher, Yuna kini sedang...

Sabah Tamatkan Larangan Eksport...

Kerajaan Sabah meluluskan program Eksport Balak Terhad yang akan bermula tahun depan, sekali...

8 Wanita Iran Menyamar...

TEHERAN - Lapan wanita Iran ditangkap pihak polis kerana didapati menyamar dengan berpakaian...

Adik Farah Bukan Sahaja Bijak, Malah Berbakat Besar

BUKAN sahaja cemerlang dalamĀ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016, malah Farah Marcella ternyata merupakan seorang pelajar yang berakhlak dan berbakat dalam pelbagai bidang.

MenurutĀ guru disiplinnya, Suraya Abdul Rahim di SMK Seri Kota Puteri, beliau masih teringat bagaimana sering menegur Farah kerana rekod kedatangannya yang tidak sempurna di sekolah.

Namun beliau masih terharu apabila Farah menerima tegurannya dengan hati terbuka dan tidak pernah melawan.

ā€œDia tidak pernah melawan saya walau sekali. Dia selalu menjawab, ā€˜baik cikguā€™, ā€™maafkan saya, cikguā€™, ā€˜saya faham, cikguā€™, dan saya sedar dia bukan sahaja pelajar yang pintar, malah sangat berakhlak,”Ā katanya ketika ditemu bual bersama Farah Marcella Bandie oleh Malaysian DigestĀ .

ā€œPelajar bijak yang menunjukkan akhlak mulia dan sopan santun: pada saya jarang sekali dijumpai,ā€ beliau menambah, sambil menyatakan bahawa gadis muda itu juga berbakat dalam nyanyian, tarian dan lukisan.

ā€œDia boleh melukis, menyanyi dan menari (zapin). Kalaulah terlebih dahulu saya tahu tentang bakatnya, saya akan minta dia untuk melatih para pelajar di sekolah dan bukannya mengupah pelatih luar,ā€ kata Suraya sambil ketawa kecil.

Wartawan portal itu juga turut berkesempatanĀ melihat hasil lukisan Farah yang mana mereka begitu terpegun apabila mengetahui pelajar berusia 18 tahun itu tidak pernah menerima sebarang latihan, mahupun teknik asas dalam melukis.

Daripada hasil lukisannya, kemahiran yang dipaparkan oleh Farah menunjukkan bagaimana dia telah memahami konsep pencahayaan dan bayangan mampu mempengaruhi bentuk sesuatu objek.


ā€œSaya suka melukis, semudah itu sahaja,ā€ katanya tersenyum lebar.

Gadis sopan itu merancang untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di peringkat pengajian tinggi dan pada masa itulah Farah dan Suraya memaklumkan berita gembira.

ā€œFarah akan menghadiri satu sesi temuduga dengan sebuah organisasi terkemuka pada hari Sabtu ini untuk pengajiannya dan insya-Allah kami mengharapkan yang terbaik,ā€ kata Suraya.

Sudah tentulah pasangan guru-murid itu sangat gembira terhadap potensi masa depan Farah, namun Suraya menasihati anak muridnya itu untuk sentiasa merendah diri.

ā€œIngat ada orang yang tidak senasib baik seperti kamu dan jadikan kejayaan kamu ini inspirasi untuk membantu orang lain. Kerana hakikatnya, itulah sebab Allah membantu kita – supaya kita dapat membantu orang lain,ā€ nasihatnya.Ā – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Kategori