Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Bendahari Dewan Pemuda...

KUALA LUMPUR - Bekas Bendahari Dewan Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mengaku...

Isnin Cuti Jika ‘The...

BATU GAJAH - Kerajaan negeri Perak mengumumkan cuti khas peristiwa pada Isnin ini...

Melaka Kaji Guna Insinerator...

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka sedang mengkaji jenis insinerator yang sesuai digunakan bagi...

Umat Islam Wajib Berusaha...

KANGAR - Umat Islam hendaklah berusaha bersungguh-sungguh menambah ilmu supaya menjadi umat yang...

Adidas Cipta Kasut Mesra Alam Boleh Hancur Sendiri

BERLIN – Firma terkenal Jerman, Adidas melancarkan kasut baharu diperbuat daripada bahan biodegradasi serta direka untuk mudah hancur dalam masa beberapa jam dengan air dan enzim.

Ia susulan kajian oleh pengeluar pakaian sukan terbesar dunia itu yang mendapati reka bentuk semasa sebahagian besar kasut lazimnya berakhir di tapak pelupusan sampah atau mencacatkan pemandangan rak kasut apabila buruk.

Menerusi persidangan khas Aididas ‘Futurecraft Biofabric di New York, Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, reka bentuk baharu yang unik itu memiliki sutera labah-labah sintetik dipanggil Biosteel dan 100 peratus biodegradasi.

Sepatu biodegradasi pertama seumpamanya di dunia itu, buat masa ini masih hanya prototaip tetapi syarikat Eropah yang diasaskan sejak 1924 itu menjangka ia bakal menjadi produk komersial mulai tahun depan.

Biosteel dikatakan jauh lebih kuat dan bahan paling ringan daripada material kain tradisional yang lazim digunakan dalam pembuatan kasut malah ia juga memerlukan kurang tenaga dan tempoh masa untuk proses pengeluaran.

Menurut Adidas, pengguna hanya perlu meletakkan kasut di dalam air dan menambah enzim pencernaan yang dipanggil proteinase untuk membolehkan benang berasaskan protein di kasut itu mengurai dalam tempoh 36 jam.

adidas1

“Proses ini adalah 100% semula jadi. Kasut tidak akan hancur jika dipakai dalam keadaan basah akibat cuaca hujan, sebagai contoh, kerana kehadiran proteinase adalah perlu untuk proses penguraian,” kata jurucakap Adidas.

Futurecraft Biofabric adalah model prototaip yang bertujuan menunjukkan sejauh mana industri ini boleh pergi. Kasut kitar semula boleh menjadi proses rumit jika tiada bahan boleh dikitar semula,” kata Vinti Bhatnagar.

Penganalisis antarabangsa itu juga menyatakan bahawa Adidas sudah memulakan proses pengeluaran secara komersial sejak Disember lalu hasil daripada konsep 3D bercetak yang diperbuat daripada plastik dikitar semula.

Kasut prototaip Futurecraft Biofabric kini ternyata ditampilkan menerusi model Boost Ultra Adidas, yang menurut laman web syarikat itu adalah terdiri daripada zarah buih elastik dipanggil poliuretana termoplastik atau TPU.


Adidas menekankan bahawa kain Biosteel baharu itu bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar, tetapi juga untuk atlet kerana sutera digunakan 15 peratus lebih ringan daripada kasut polimer tradisional serta kuat.

adidas2

Serat tersebut telah dinyatakan sebagai 100 peratus daripada tumbuhan dan memiliki prestasi pengurusan kelembapan yang dikawal. Ia juga mengambil masa kurang tenaga untuk dihasilkan berbanding kasut polimer biasa.

“Dengan perkembangan ini, kita menetapkan standard baharu mengenai fungsi tekstil boleh diperbaharui,” kata Jens Klein, Ketua Pegawai Eksekutif AMSilk, yang bertanggungjawab dalam penghasilkan produk sutera.

Selain itu, Adidas turut mengeluarkan model UltraBOOST Uncaged Parley yang terdiri daripada 11 jenis botol plastik dan dihasilkan dari Maldives oleh Parley, sebuah kumpulan pencinta alam sekitar lautan terkenal.

“Bahan asas untuk pembuatan tali kasut, tumit topi, lapisan tapak kaki dan penutup stoking juga diperbuat dengan penggunaan material mesra alam yang boleh dikitar semula,” kata jurucakap Adidas menerusi kenyataan media.

“Reka bentuk diilhamkan oleh corak gelombang ombak laut, untuk mencerminkan kisah unik kasut Adidas itu dan komitmen Parley untuk menamatkan pencemaran sampah di lautan,” tambahnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori