Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PKR Mahu Kemuka Bukti...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha mendapatkan bukti empirikal bahawa...

Kes Bunuh Tapah: Dua...

IPOH - Dua beranak yang direman sejak tahun lepas bagi membantu siasatan kes...

AFG Selesai Proses Struktur...

KUALA LUMPUR – Alliance Financial Group Bhd (AFG) telah menyelesaikan proses penstrukturan semula...

Polis Marin Rampas Diesel,...

Kuching: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak menahan sebuah kapal tangki di...

Adib Masih Dalam Van Ketika Jentera Berundur

SHAH ALAM – Muhammad Adib Mohd. Kassim masih berada di dalam van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaikinya ketika jentera Fire Rescue Tender (FRT) berundur ketika diserang sekumpulan orang awam di pekarangan Kuil Sri Maha Mariamman USJ Subang.

Pegawai Perubatan yang juga pemandu van EMRS, Ahmad Shahril Othman (gambar) berkata, ketika jentera FRT itu berundur, ia seperti menolak van itu ke belakang.

“Ketika itu, Muhammad Adib masih berada di sebelah saya dan kami sempat berkomunikasi.

“Jentera FRT itu juga tidak berapa laju sangat,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pe­ngendali, Hamdan Hamzah.

Ahmad Shahril merupakan saksi ketiga pada hari pertama inkues kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner di sini semalam.

Menurut beliau, dia sempat melihat orang ramai berada di kiri dan kanan jalan serta terdengar riuh rendah tanpa mengetahui butir sebenar percakapan.

“Saya nampak seorang anggota pemadaman bernama Hazim turun di sebelah kanan FRT dan menuju ke bahagian kiri gegelung paip air di belakang jentera tersebut.”

Bagaimanapun katanya, belum sempat Hazim menarik gegelung paip itu, dia telah diserbu sekumpulan orang awam dan tidak nampak kelibatnya selepas itu.


“Saya tidak tahu ke mana dia pergi tetapi nampak orang awam menghala ke arah belakang EMRS dari kedua-dua arah.

“Malah, ketika FRT mengundur dan melanggar bahagian depan EMRS, secara tiba-tiba ada sekumpulan orang awam dari sisi pemandu mengetuk cermin dan cuba membuka pintu,” jelasnya.

Katanya lagi, dia juga sempat bercakap dengan Muhammad Adib, ‘lajunya si Hazim’ namun tidak dijawabnya.

Jelasnya, Adib ketika itu tercengang dan tangan kanannya memegang papan pemuka hadapan kereta (dashboard) manakala tangan kirinya diletakkan di pintu van. – BERNAMA

Kategori