Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Petisyen Pembangkang Mahu AS...

WASHINGTON DC - Publisiti pihak pembangkang khasnya Pakatan Harapan diketuai DAP, memang 'riuh'...

NIOSH Cadang Kerjasama KBS...

TAWAU - Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee...

Rindu Ada Baby Di...

BINTANG realiti Kim Kardashian West dan Kanye West telah menggunakan khidmat ibu tumpang untuk...

PAS Seru Umat Islam...

KUALA LUMPUR - PAS menyeru seluruh umat Islam termasuk Ahli Parlimen muslim bersama-sama...

Adakah PH Lulus Atau Gagal Dalam 6 Ujian, Tanya Najib

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis mempersoal sama ada kerajaan Pakatan Harapan (PH) lulus atau tidak dalam enam ujian digariskan Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri, A Kadir Jasin berhubung isu video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ini kerana tempoh video yang tular itu telah menjangkau lebih tiga bulan.

“Pada bulan Julai lalu, Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri, A Kadir Jasin tampil dengan enam ujian berhubung isu video di Sandakan pada Jun lalu.

“Pada pendapat kawan-kawan, adakah kerajaan PH lulus atau gagal dalam keenam-enam ujian Pak Kadir ini selepas 3 1/2 bulan sejak video itu terkeluar,” tulisnya menerusi laman Facebook rasminya miliknya hari ini.

Menerusi status yang dimuatnaik kira-kira sejam yang lalu itu, Najib turut menyenaraikan enam ujian yang yang digariskan A Kadir sebelum ini.

“Ini adalah ujian kepada janji kerajaan PH untuk menjadi terbuka, telus dan bertanggungjawab.


“Ini adalah ujian kepada profesionalisme, kemerdekaan dan kesaksamaan Polis Diraja Malaysia di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

“Ini adalah ujian kepada janji PH untuk menghormati kedaulatan undang-undang dan menegakkan Perlembagaan. Ini adalah ujian keupayaan kepimpinan PH untuk kekal di atas tekanan dan untuk meletakkan kepentingan negara di atas kecenderungan dan tidak suka peribadi,” katanya.

Tulis Najib lagi, ini adalah ujian kepada kemanusiaan, kerendahan hati, moral dan martabat pemimpin PH secara kolektif dan secara individu.

“Persoalan yang perlu ditanyakan setiap pemimpin PH adalah saya menggunakan parti dan kedudukan kerajaan saya untuk melindungi saya daripada memalukan dengan melakukan perkara yang betul?” katanya. – Sinar Harian

Kategori