Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Hizbut Tahrir...

JOHOR BAHRU - Polis Johor membuka kertas siasatan terhadap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM)...

4 Bot Pukat Tunda...

KUALA PERLIS - Empat bot pukat tunda hangus dijilat api di pantai Kampung...

Singapura Pecah Rekod Dunia...

SINGAPURA - Stesen penyiar tempatan milik pemerintah, Channel NewsAsia, pada Jumaat berjaya mencatat...

Sokong LTTE, Kes Disebut...

KUALA KANGSAR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 12 Disember ini...

Tidak Ada Parti PH Sertai Gabungan Pembangkang

KUALA NERUS – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini tidak menolak kemungkinan akan ada parti daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menyertai gabungan pembangkan yang baharu dibentuk.

Beliau yang memberikan bayangan itu bagaimanapun tidak menjelaskan dengan terperinci serta meminta semua pihak tunggu dan lihat perkembangan terkini.

Katanya, akan wujud gabungan parti pembangkang yang baharu dengan kekuatan padu bagi memberikan saingan kepada kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya rasa akan berlaku perubahan politik dan gabungan pembangkang. Itu kita lihat bila tiba masa nanti.

“PH sendiri sudah berpecah. Parti dalam PH berpecah. Pakatan (baharu) ini bukan dalam kalangan pembangkang sahaja dan mungkin ada parti dalam kerajaan akan jadi pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Nasional DHPP kali pertama di Dewan Auditorium Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad; Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad; Pengerusi DHPP Pusat, S. Balasubramaniam dan Pengerusi DHPP Terengganu, Dr. Bala Chandran.


Abdul Hadi berkata, setiap pakatan parti politik mempunyai tempoh hayat dan berubah mengikut keadaan semasa.

“Masa kemerdekaan kita sama-sama berjuang. Tahun 1969 bila berlaku 13 Mei dan negara memerlukan perpaduan, Pas ikut serta kerajaan campur 1973, bubar Perikatan 1974 dan tubuh Barisan Nasional (BN), pas terlibat.

“Kalau Perikatan ada hayat. BN ada hayat dan akan berlaku satu perubahan yang lain. Akan berlaku, kita tunggu dan lihat,” katanya.

Katanya, Pas sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak ke arah kebaikan rakyat. – UTUSAN ONLINE

Kategori