Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

How to Publish a...

The abstract doesn't require to be in just about any formal essay structure....

6 Nelayan Asing Diberkas...

KEMAMAN - Sebuah bot nelayan asing bersama enam krew termasuk seorang tekong diberkas...

Najib Sindir Mahathir, Kos...

ALAHAI... Sebelum ini rakyat Malaysia pernah gempar apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan...

Kekangan Kewangan Tak Jejas...

KUANTAN - Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed...

Aceh Tutup Pantai Bagi Halang Remaja Maksiat

BANDA ACEH – Beberapa ketua kampung di daerah Seunuddon di Utara Aceh menutup kawasan pantai Bantayan dan Ulee Matang sejak minggu lalu selepas terdapat laporan ada pasangan bukan mahram mandi bersama-sama.

Pihak berkuasa Aceh pada tahun lalu mengisytiharkan dua pantai berkenaan sebagai patuh syariah dan melarang pasangan bukan mahram mandi bersama-sama.

Aceh yang memperkenalkan pelancongan patuh syariah hanya membenarkan pasangan yang sudah berkahwin atau mahram mandi bersama-sama.

“Kami bersetuju untuk menutup pantai ini kerana ada pengunjung yang bukan mahram mandi bersama dan berdua-duaan di pantai,” kata ketua kampung Ule Rubek Timur, Asnawi yang dipetik portal kompas.com semalam.

Ketua kampung Ule Rubek Barat, Badlisyah Yahya pula memberitahu, keputusan itu dibuat selepas perjumpaan dihadiri wakil rakyat dan beberapa ulama pada minggu lalu.


“Baru-baru ini penduduk menangkap dua pengunjung yang berkelakuan tidak sopan di tepi pantai.

“Kami tidak boleh memantau pengunjung sepanjang masa. Bagi menghalang maksiat berlaku kami bersetuju menutup pantai ini,” katanya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori