Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sukan SEA: Giliran Filipina...

KUALA LUMPUR – Filipina secara rasminya mengambil alih tanggungjawab sebagai tuan rumah Sukan...

Melecur Dubur Dan Kemaluan...

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun yang masih lagi dalam keadaan bogel 'dipanggang' oleh...

Pencemaran: Tiada Tangkapan Baharu,...

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang tangkapan setakat ini melibatkan pembuangan sisa toksik di...

Matt Nasihat Rakan Artis...

SELAKU pelakon yang terlebih dahulu makan garam dengan liku-liku perjalanan seorang selebriti Hollywood,...

Accapan Sudah Tiada

PELAKON dan pelawak terkenal negara, Accapan, meninggal dunia pada usia 63 tahun, 2.43 pagi, hari ini.

Anak bongsunya, Yhuveneshwary berkata, ayahnya yang bernama sebenar Samynathan A/L Rethinam menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di rumahnya di Taman Puchong Utama akibat kegagalan buah pinggang.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Seniman, upacara penghormatan terakhir akan dilakukan dirumah beliau kira-kira 3 petang hari ini di 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor.

Accapan meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam, 53, dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Beliau banyak berlakon di dalam drama dan filem tempatan dengan pelbagai watak yang mencuit hati penonton serta meninggalkan kesan kepada penonton.


Antara drama popular yang mengangkat namanya kepada peminat Melayu ialah sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. – myMetro Online

Kategori