Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

RM2,700 Adalah Anggaran Gaji...

KUALA LUMPUR – Pendapatan bulanan sebanyak RM2,700 yang dipaparkan Laporan Tahunan 2017 Bank...

‘Tiada Lagi Isolasi Jika...

PUTRAJAYA : Pemansuhan prosedur pengasingan bagi mana-mana individu yang didapati menjadi kontak rapat...

Pemain Bola Singapura Curi...

BARU-BARU ini pasukan bola sepak kumpulan A negara kita telah berjaya menundukkan Singapura...

20,988 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini kembali meningkat kepada 20,988...

Acara Susu Suami: Netizen Ketawa Terbahak-Bahak

‘SUSUKAN suami’?

Perbuatan ini mungkin kita tak pernah dengar atau jarang kita lihat diadakan secara terbuka di khalayak ramai.

Pun begitu, nampaknya, sudah ada yang ‘berani’ melakukan aksi ini.

Bagaimanapun, ini bukan perbuatan tidak senonoh atau lucah yang disangkakan ramai sebaliknya merupakan pertandingan sukaneka semata-mata.

Inilah yang berlaku di negari Cik Siti Wan Kembang, Kelantan baru-baru ini apabila sebuah video yang memaparkan pertandingan para isteri menyusukan suami masing-masing menggunakan botol susu menjadi viral di media sosial.

Apa yang lawaknya, para suami dilihat berlakon menjadi bayi dan bersaing sesama peserta lain untuk menghabiskan susu segera.

Macam-macam aksi gelojoh para suami ketika cuba menghabiskan susu itu dirakam membuatkan netizen yang menonton tidak kering gusi ketawa.


Video yang dikongsi seorang ustaz selebriti, Syed Mohd. Norhisyam ini sekali gus menjadi viral hingga dikongsi lebih 28,000 kali setakat laporan ini ditulis.

Rata-rata netizen melahirkan rasa teruja dengan menyatakan hasrat mahu mencuba idea sukaneka baru itu.

Mana tahu, idea ini boleh menjadi salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang semakin pupus gara-gara teknologi zaman ini. Ye dak? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori