Acara Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Agong Ditangguh

KUALA LUMPUR – Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jun ini ditangguhkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan penangguhan itu adalah selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini untuk mengekang penularan COVID-19.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kesemua acara yang dijadualkan pada 3 hingga 11 Jun, ditangguhkan atas faktor keselamatan dan kesihatan umum kerana negara masih lagi menghadapi serta memerangi ancaman penularan wabak COVID-19.

“Kesemua acara ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Ahmad Fadil berkata seperti mana yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali pada 4 Mac lepas, Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka tahun ini ialah pada Isnin, 8 Jun dan hari itu diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.

Loading...