Abu Zahar Dedah DAP Punca 13 Mei 1969

BONGKAR… Tragedi hitam yang badai negara, menyaksikan pertembungan berdarah antara kaum ketika 13 Mei 1969, berpunca akibat provokasi biadab anggota…

BONGKAR… Tragedi hitam yang badai negara, menyaksikan pertembungan berdarah antara kaum ketika 13 Mei 1969, berpunca akibat provokasi biadab anggota parti tamak haloba, DAP.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, pengalaman bertugas sebagai anggota Cawangan Khas ketika insiden 13 Mei 1969 berlaku, membentuk kefahaman mengenai dalang utama insiden itu.

“Saya hendak nyatakan di sini, ringkas sahaja, peristiwa 13 Mei 1969 bermula kerana… parti DAP… dan, Lim Kit Siang masih ada lagi hari ini. Saya masih ingat di mana apabila mereka menang beberapa kerusi di Kuala Lumpur.

“Masa itu Kuala Lumpur berada dalam Selangor lagi, dan masa itu lah, kalau baca Kertas Putih berkenaan 13 Mei, secara ringkas sahajalah, bahawa 13 Mei lah membuatkan saya terpanggil kerana bahayanya pergaduhan kaum.

“Memang terjejas negara kita,” kata Abu Zahar pada sesi dialog sempena pelancaran kempen ‘Malaysia Negara Islam’ di ibu negara sambil tambah, dekad yang berlalu selepas insiden itu menyaksikan banyak perubahan besar.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO berjaya baik pulih semula struktur sosio ekonomi tanah air, namun keadaan itu tidak berpanjangan apabila kini muncul semula gerakan yang cuba merosakkan kedaulatan Islam.

“Tetapi apa terjadi sekarang? Ini semua satu perkara yang perlu kita fikir secara mendalam. Sekarang ini, apa telah terjadi terhadap kedudukan agama Islam kita, yang telah dicabar, diperlekehkan, siapa punya kerja?” katanya.

Abu Zahar, yang juga bekas peguam berkata, Kit Siang selaku penasihat parti rasis anti-Islam DAP ternyata telah ingkari ikrar beliau sebagai ahli Parlimen, kerana tindakan biadabnya dalam merosakkan keharmonian tanah air.

“Saya hendak sebut sekarang, Kit Siang sendiri, sudah berpuluh tahun dalam Parlimen. Sebelum jadi ahli Parlimen, dia angkat sumpah, ikrar angkat sumpah, maknanya dalam ikrar, kita mestilah tunjuk taat setia kepada Malaysia.

“Juga melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negara. Perdana Menteri, sampailah semua ahli Parlimen pun buat perkara sama, tapi apa jadinya hari ini? Dia (Kit Siang) angkat sumpah, sumpah juga, tapi dia tak ikut.

“Maknanya dia telah mengingkari sumpah setianya kepada negara,” kata Abu Zahar dalam nada kesal pada program bual bicara anjuran badan bukan kerajaan, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...