Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mimi Fly Dedah Alami...

VOKALIS kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly mengakui mengalami kemurungan selepas bercerai dengan...

Kalau Hendak Kurus, Amal...

UBI kentang merupakan salah satu jenis tanaman yang sering digunakan sebagai sup sayur-sayuran...

Virus Babi Di China...

WABAK penyakit babi Afrika di China mungkin akan merebak ke bahagian lain Asia,...

UMNO Sabah Tidak Terbubar,...

KUALA LUMPUR — UMNO Sabah tidak terbubar atau tergugat dengan tindakan keluar parti...

Abu Sayyaf Bunuh 5 Tentera Filipina, Cederakan 23

MANILA – Kumpulan pemisah Filipina yang dikenali melakukan penculikan untuk menuntut wang tebusan, membunuh lima anggota tentera dan mencederakan 23 lagi dalam serang hendap besar-besaran, kata tentera semalam.

Pasukan tentera melancarkan gerakan mencari tebusan yang diculik kumpulan Abu Sayyaf apabila diserang di Jolo kelmarin, kata jurucakap tentera wilayah, Leftenan Kolonel Gerry Besana.

“Usaha ini adalah sebahagian misi kami menyelamatkan saki baki tebusan,” kata Besana.

Pertempuran kelmarin adalah antara yang paling buruk sejak serpihan Abu Sayyaf menyertai militan luar dan tempatan dalam serangan di Marawi tahun lalu, membawa kepada pertempuran selama lima bulan yang meragut lebih 1,100 nyawa.

Abu Sayyaf kini dipercayai menahan tidak sampai 10 tebusan, kata Besana.


Kumpulan itu berpangkalan di pulau di selatan negara berkenaan tetapi anggotanya mula menculik kelasi pada 2016 di perairan antara Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Mereka juga menyerang dan menculik tebusan dari kawasan peranginan di selatan Filipina dan Malaysia. — Agensi/BH ONLINE

Kategori