Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 PATI Lemas, 16...

JOHOR BAHRU - Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) lemas, lima yang lain...

Michelle Yeoh Puji Usaha...

COX’S BAZAR (Bangladesh) – Seniwati Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, yang...

Bekas Sami Buddha Kini...

PELIK tetapi benar - itulah yang berlaku apabila Mimi Tao, 23, seorang bekas sami Buddha...

Larangan Pembakaran Terbuka Penting...

PUTRAJAYA - Usaha Malaysia menangani masalah jerebu rentas sempadan ketika ini menjadi lebih...

Abu Kassim Serah Dokumen Siasatan 1MDB Kepada AS

SHAH ALAM – Ketua Pegawai Eksekutif Fairfax Group, Michael Hershman mendedahkan bahawa beliau adalah individu bertanggungjawab merancang satu mesyuarat rahsia bersama bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed di Pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) di New York pada 2015.

Dalam wawancaranya dengan Al-Jazeera hari ini, pertemuan itu diadakan bagi membolehkan Abu Kassim menyerahkan kertas siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya kes itu terus disiasat di luar Malaysia.

Kata Hershman lagi, ketika itu Abu Kassim berada di bawah pengawasan dan ditekan untuk melepaskan jawatan tersebut.

“Pada 2015, SPRM yang diketua Abu Kassim sedang menyiasat (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kerana dakwaan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

“Pada waktu itu juga, Abu Kassim telah pergi dan berjumpa dengan Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) dan memberitahu Najib menjadi sasaran penyiasatan oleh SPRM.

“Apabila Peguam Negara berhadapan dengan Perdana Menteri pada waktu itu, beliau dipaksa berhenti daripada jawatannya dan digantikan oleh kawan Najib,” kata Hershman.

Selain itu, Hershman turut memberitahu beliau sudah mengenali Abu Kassim sejak sekian lama dan pernah berkhidmat bersama di dalam Suruhanjaya Anti-Korupsi Interpol.


“Saya mengaku sayalah individu yang merancang mesyuarat itu (antara Abu Kassim dengan Pejabat Peguam Negara AS). Tapi malangnya beliau didakwa mengkhianat dengan dakwaan bekerjasama dengan pihak asing,” katanya.

Untuk rekod, tiada pertuduhan yang dikenakan terhadap Abu Kassim. Tan Sri Dzulkifli Ahmad menggantikan Abu Kassim sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016.

Dzukifli ialah salah seorang individu yang suaranya didengar dalam rakaman audio yang dikeluarkan oleh SPRM mengenai beberapa perbualan telefon yang melibatkan Najib berhubung skandal 1MDB.

Ketika ditanya mengenai pendedahan Ketua SPRM, Latheefa Koya kelmarin mengenai audio percakapan Najib dengan beberapa individu terutamanya Putera Mahkota Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Putera Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan, Hershman berkata, kemungkinan rakaman itu dibuat oleh pasukan perisikan Malaysia atau disediakan oleh seseorang dari sebelah UAE.

“Pada tahun 2015 juga saya sudah cakap dengan Najib untuk muncul secara bersih, mengaku apa yang beliau lakukan dan meminta maaf. Tetapi beliau pilih jalan lain iaitu cuba menutup bukti,” dakwanya. – Sinar Harian

Kategori