Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen, Kenamaan Dapat...

AHLI Parlimen dan orang kenamaan yang menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mendapat kelulusan...

Syukri Yahya Terharu Bakal...

AKTOR Syukri Yahya, 27, yang ditemui pada Majlis Perlancaran Koleksi Pakaian Furby and...

JPJ Nafi Arah Pemandu...

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan anggotanya mengarahkan beberapa orang...

DAP Diarah Turunkan Poster...

KUCHING : DAP diarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan poster kempen pilihan raya...

Abil Gagal Tawan Kinabalu, Tetap Bangga Semangat Anak

KAKINYA pernah menjejak puncak Gunung Annapurna… Tetapi kali ini, pelakon Nabila Huda gagal mencipta sejarah buat dirinya sendiri apabila dia gagal menawan Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Bagaimanapun, di sebalik kegagalan berkenaan terselit perasaan bangga di dalam diri Nabila atau lebih mesra disapa Abil apabila anak gadisnya, Keisa Laila, 8, telah berjaya menikmati pemandangan berharga itu.

“Saya tidak dapat meneruskan pendakian kerana mengalami serangan pada bahagian kepala. Ia berdenyut dengan kuat akibat ketinggian gunung, lalu dinasihatkan untuk berhenti.

“Ia berlaku ketika masih lagi dalam pendakian. Menurut mereka yang lebih pakar, jika diteruskan ia boleh membawa maut,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Menurut Nabila, perancangan saat akhir itu telah membuahkan hasil apabila Keisha telah hampir berjaya menawan Gunung Kinabalu dalam usia mudanya.

“Jadi, hanya suami (Mohd Izwan Johar atau Bert) dan Keisha yang menyambung misi menawan Kinabalu. Alhamdulillah, Keisha menamatkan pendakian beberapa meter saja lagi dan ia kejayaan besar bagi kanak-kanak seusianya, manakala Bert berjaya sampai ke puncak,” ujarnya lagi.

Tambah Nabila, sebenarnya dia tidak sangka pendakian ke Gunung Kinabalu sangat mencabar serta memerlukan persiapan mental dan fizikal kerana dia langung tidak buat sebarang persiapan rapi sebelum memulakan ekspedisi.

Malah, anak kepada penyanyi Amy Search itu turut mengakui bahawa dia memandang remeh soal pendakian kali ini kerana ketika menawan Gunung Annapurna di Nepal, dia langsung tidak melakukan sebarang latihan.


“Sumpah naik gunung Kinabalu tidak kelakar langsung, jalan dia memang epik gila, mental dan fizikal kena kuat, saya tidak kuat. Saya rasa sangat emosi sekarang ini sebab rasa loser gila.

“Sangat-sangat menyedihkan apabila saya tidak dapat ke puncak, hanya tiga kilometer sahaja tetapi saya gagal. Altitude sicknes, kepala pening macam nak pecah, lutut dah kejang, demam pulak ni,” tulis Nabila dalam Insta Story miliknya semalam.

Dalam masa yang sama, Nabila turut merasai bahawa anak gadisnya itu merupakan seorang yang sangat beruntung kerana walaupun mereka sekadar bercuti di dalam negara, pelbagai tempat telah berjaya diterokai olehnya.

Pada mulanya, mereka hanya ke Sabah untuk menghadiri konsert kumpulan Hujan sahaja… Tetapi disebabkan terdapat banyak masa terluang, maka muncul idea spontan mereka untuk meneroka negeri Sabah.

“Kami tiga beranak mendapat idea untuk meneruskan percutian daripada maklum balas yang diberikan oleh peminat di media sosial.

“Syukur kerana ada pihak di Sabah yang teruja untuk membantu kami meneroka negeri ini. Malah, ada yang memberikan tajaan kenderaan untuk kami meneruskan pengembaraan.

“Kami berkhemah di kawasan yang ada pemandangan indah, di hadapan Gunung Kinabalu. Sukar untuk saya ungkap dengan kata-kata apabila berpeluang lihat keindahan ciptaan Allah ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori