Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Selangor Bantu Rakyat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membantu memakmurkan...

Letupan Di Kabul, Kali...

KABUL: SATU lagi kejadian letupan telah menggegarkan ibu kota Afghanistan pada Selasa yang...

Buka Coffee Shop, Raja...

PELAKON Raja Ilya kini sudah memulakan perniagaannya dengan membuka sebuah lifestyle coffee shop,...

UPSI Jalin Kerjasama Dengan...

IPOH - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan hubungan kerjasama dengan Institut Pengajian...

Abdul Rashid Dedah DAP Terima Dana Asing

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semasa memegang jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah mendedahkan DAP menerima banyak dana asing untuk pilihan raya.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, Abdul Rashid mendedahkan perkara itu pada 18 November 2015 iaitu sebelum bekas Pengerusi SPR itu dipancing Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai pakatan DAP.

“Pada 18 November 2015, saya selaku Pengarah MAPAN UUM menganjurkan satu majlis syarahan oleh Abdul Rashid Abdul Rahman di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) UUM.

“Salah satu daripada perkara yang beliau dedahkan ialah mengenai DAP mendapat bantuan dana asing untuk menghadapi pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Kamarul berkata, jika pendedahan itu dibuat orang biasa ia tidak akan mengejutkan, tetapi perkara itu dinyatakan oleh bekas Pengerusi SPR sendiri.

Beliau menyiarkan transkip ucapan Abdul Rashid di SOIS UUM pada 18 November 2015 seperti berikut:


(1) “But of courselah some strong parties like DAP apa semua they got their foreign assistance and so on.”

(2) “You can ask the DAP tu why are they not agreeing with this (electoral funding act), because a lot of splash fund they called it came from foreign countries. Funny, Singaporelah Hong Konglah masuk, Taiwan. A lot of money coming in, dia ada couriers to do it, masuk, to fund elections.” – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori