Abdul Hadi Ziarah Ustaz Ismail Kamus

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam ini meluangkan masa menziarah pendakwah terkenal, Ustaz Datuk Ismail Kamus yang baru menjalani pembedahan jantung di rumahnya.

Dalam hantaran di twitternya, Abdul Hadi mendoakan supaya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal dari 1999 hingga 2004 itu dikurniakan kesihatan dan kesembuhan.

Ismail dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan jantung pada 9 Mei lalu.

Loading...