Abby Buat Kejutan Majlis Rai Hari Jadi Kekasih Barunya?

WALAUPUN kisahnya dengan bekas suaminya, Noor Farhan Che Bakar masih lagi hangat diperkatakan kerana Farhan didakwa masih berhutang dengan Abby Abadi, namun ternyata perkara itu tidak menjadi penghalang kepada Abby untuk bersama-sama menjayakan majlis kejutan sambutan hari jadi jejaka yang dikatakan lelaki paling rapat dengan hidupnya kini.

Tengoklah dari gambar yang dikepilkan ini, bukan main gembira Abby dapat bersama-sama menjayakan majlis tersebut yang dibuat khas untuk ustaz Khairul Azli yang mengajar dirinya dan anak-anak mengaji Al-Quran.

Sekali pandang macam sesuai pula pasangan ini kan, tapi memandangkan Abby mempunyai pengalaman pahit dalam perhubungannya sebelum ini, lebih baiklah Abby ‘lay low’ atau kurang mempamerkan kemesraannya di hadapan umum agar dirinya tak diperkatakan terlalu terdesak atau terburu-buru untuk segera mencari pengganti Farhan.

Tapi, mana tahu Khairul Azli merupakan jejaka yang paling tepat untuk membimbing Abby ke jalan yang benar dan lurus, jadi apa tunggu lagi kalau hati dah benar-benar berkenan kan..

Semoga berbahagialah Abby ye.. – MYNEWSHUB.CC

abby1

abby2

(Ini pun menarik… Abby Abadi Kongsi ‘Screenshot’ Farhan Kutuknya Di Laman Sosial – KLIK)

Oleh: AUDREY LEE

 

Loading...