Abang Syed Saddiq Sertai UMNO

SYED Abdullah Syed Abdul Rahman yang juga abang kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengejutkan ramai pihak apabila menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO, hari ini.

Syed Abdullah menyerahkan borang ahli UMNO Bahagian Ampang kepada Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) Online di Facebook rasmi mereka memuatnaik gambar Syed Abdullah menyerahkan borang itu kepada Shahrul Nasrun disaksikan dua yang lain.

Dalam kapsyen berkenaan, penyertaan Syed Abdullah ke dalam UMNO menunjukkan parti itu masih relevan dalam kalangan anak muda.

“Kami (UMNO) menggalakkan lebih ramai profesional muda menyertai UMNO dan turut bersama-sama berkongsi idea baru serta tawaran baru untuk generasi akan datang.

“Syabas buat saudara Syed Abdullah kerana memilih perjuangan UMNO walapun adiknya sentiasa melemparkan tohmahan terhadap UMNO,” tulis kapsyen itu.

Syed Abdullah berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Embry Riddle Daytona Beach, Florida, Amerika Syarikat. – myMetro Online

Loading...