Abang Polis Senyum Manis, Pengundi ‘Hilang’ Penat…

RATA-RATA rakyat Malaysia kini berasa sangat teruja atas pengalaman mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada hari ini.

Dalam penat beratur menanti giliran, ada pula seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Matilda NY telah memuat naik satu posting yang telah mencuri tumpuan ramai netizen di media sosial.

elok sangat ni. at first nampak dia time tengah beratur panjang kat belakang serious je muka. tapi muka serious pun…

Posted by Matilda NY on Selasa, 8 Mei 2018

Wanita berkenaan telah memuat naik satu gambar seorang anggota polis kacak ketika berada di pusat pengundian dekat Sekolah Kebangsaan Bukit Indah, Johor Bahru.

“Elok sangat ni, pertama kali nampak dia masa tengah beratur panjang kat belakang. Muka serius pun tetap elok.

I kan bawa payung and snack bagai, tumpang la letak kat meja dia, jadi dapatlah bercakap sikit, tak sombong orangnya, lagilah manis,” tulisnya pada tengahari tadi.

Malah, pihak mStar Online telah berkesempatan untuk menghubungi wanita tersebut dan mendapatkan beberapa komen daripadanya selepas posting tersebut mendapat perhatian ramai.

Dalam masa yang sama, perkongsian tersebut turut menyebabkan wanita berusia 33 tahun itu telah menerima banyak mesej daripada netizen bagi berkongsi maklumat tentang anggota polis yang berpangkat Lans Koperal itu.

“Saya suka-suka je post gambar tu, kalau tak tension je semua orang waktu pilihan raya macam ni. Pada waktu itu, anggota polis tu pun tak perasan saya ambil gambar dia.

“Lepas tu, ramai pula yang hantar mesej di Facebook yang berkongsi info mengenainya,” ujarnya.

Ketika itu, Matilda telah terserempak dengan anggota berkenaan pada sekitar pukul 11.30 pagi tadi.

Mereka turut telah bertemu sebanyak dua kali sewaktu wanita itu sedang beratur dari tingkat dua ke tingkat tiga sebelum masuk ke bilik mengundi.

Perkongsian itu telah menerima lebih daripada 19,000 kali tanda suka serta 6,000 kali dikongsi oleh pengguna lain.

Selain itu, kebanyakan netizen turut memuji ketampanan anggota polis tersebut dan meninggalkan beberapa komen lucu.

Disebabkan posting yang tular itu, ia turut telah mendapat perhatiaan daripada laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Polis) sehingga dikongsi semula oleh pihak mereka.

“Terima kasih saudari Matilda sudi memberi ‘posting‘ penghargaan kepada petugas #PRU14, Lans Koperal Abang Syukrizul Hafiz Abang Abdillah dari Balai Polis Bukit Indah, Johor yang berketerampilan segak dan tidak lekang dengan senyuman walaupun sedang bertugas.

“Kami begitu hargai di atas ucapan, kata-kata positif yang diberikan oleh anda kepada warga kerja kami,” tulis pengendali akaun rasmi berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...