Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Pengawal Keselamatan Lepas Tembakan...

KUANTAN - Seorang pengawal keselamatan melepaskan tembakan secara tidak sengaja di sebuah bank...

Kanak- Kanak Mangsa Pertama...

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang dikhuatiri lemas lewat petang...

Nadzmi Adhwa Berhijab, Jadi...

PELAKON kacak, Nadzmi Adhwa sekali lagi mencuri perhatian apabila tindakan memuat naik sekeping...

Lelaki Ini Tawar Jadi...

JIKA sebelum ini, kita sering membaca berita mengenai perkhidmatan sewa teman lelaki di...

Abang Long Fadil 2 Catat Rekod Baru Jualan Tertinggi!

SEJAK mula ditayangkan 24 Ogos lalu, filem Abang Long Fadil 2 sememangnya mendapat tempat di hati penggemar filem Melayu.

Mana tidaknya, pelakon dan watak yang dibawakan mereka menjadi sehingga mampu memikat hati anak kecil untuk menonton filem ini berulang kali.

Sehingga semalam, filem terbitan Skop Production Sdn. Bhd. berjaya mengutip RM17.8 juta sekali gus mencatat rekod baru penjualan tiket tertinggi.

Dengan kutipan lebih RM100,000 yang direkodkan, filem ini berjaya membenamkan rekod RM17.7 juta yang berjaya dicapai menerusi filem Polis Evo dua tahun lalu.

Khabarnya, filem yang diterajui Zizan ini masih ditayangkan di 70 pawagam seluruh negara.

Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem ini menyatakan rekod ini adalah bukti industri perfileman kembali bangkit menghasilkan karya-karya yang boleh dibanggakan.

“Saya melihat kebangkitan semula filem Melayu semakin positif dengan persaingan sihat dalam kalangan pengarah muda.

“Jika dua tahun lalu, filem Polis Evo karya sutradara baharu, Ghaz Abu Bakar mengejutkan industri perfileman, kini ramai pengarah muda berlumba-lumba menghasilkan filem berkualiti.


“Saya juga lihat saingan antara anak saya, Syamsul dan Syafiq yang sentiasa mahu filem arahan mereka meningkat kepada tahap lebih tinggi setiap tahun,” katanya dipetik laporan BH Online.

Menurut Yusof yang sedang sibuk dengan pengambaran drama Gerak Khas musim terbaru, dia menyatakan yang kerjasama syarikatnya dengan Astro Shaw mungkin akan dipanjangkan untuk buah tangan terbaru atau sekuel Abang Long Fadil yang ketiga pula.

“Keputusan menerbitkan trilogi ini akan diputuskan, tidak lama lagi. Syafiq juga bersemangat apabila filem arahan menepati cita rasa penonton hari ini,” ujarnya.

Filem Abang Long Fadil 2 ini membariskan pelakon terkenal seperti Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, A Galak, Tania Hudson dan pendatang baru bidang lakonan, Shuib dan Wak Doyok.

Tahniah diucapkan kepada kru produksi Skop Productions dan para pelakon filem Abang Long Fadil 2! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori