Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bisnes Sewa Kambing Khas...

SYDNEY - Sebuah bisnes unik iaitu penyewaan kambing bertujuan untuk membersihkan semak-samun dan...

Jadikan Kata-Kata Kenegaraan Pemimpin...

KUALA KANGSAR - Kata-kata kenegaraan pemimpin silam serta prinsip bina negara yang diasaskan...

SOJC 2017: Skuad Remaja...

JOHOR BAHRU ā€“ Nasib malang terus menimpa skuad remaja kebangsaan apabila tewas 1-2...

Tentera Israel Cuak, Dua...

JERUSALEM: Pejuang Palestin berjaya melepaskan dua roket ke perairan Mediterranean sehingga menyebabkan berlaku...

Abang Bomba Nafi Kahwin Ular, Kesal Foto Dieksploit

SEORANG anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Abu Zarin Hussin terkejut apabila ada media asing menulis berita konon dia berkahwin dengan ular yang dipeliharanya.

Kisah mengenai dirinya itu, telah dipaparkan pada minggu lepas dalam portal di seluruh dunia termasuk dalam akhbar tabloid British terkenal, The Daily MirrorĀ selepas disiarkan akhbar kompak popularĀ The Daily Mail.

Media luar tersilap apabila mengenal pasti dirinya sebagai seorang lelaki Thailand yang berkahwin dengan ular peliharaannya kerana percaya reptilia tersebut adalah jelmaan teman wanitanya yang sudah mati sebelum itu.

Malangnya, gambar yang digunakan media terbabit sebenarnya adalah gambar Abu Zarin bersama-sama ular peliharaannya, dan dia menegaskan bahawa sama sekali tidak pernah pun berkahwin dengan haiwan tersebut.

Sebaliknya, dia memelihara ular sebagai sebahagian daripada peranannya dalam JBPM malahĀ menjalankan latihan untuk anggota bomba yang sering dipanggil orang ramai untuk menangkap haiwan berbisa itu di tempat awam.

bomba3

ā€œGambar itu memang adalah saya. Mereka menggunakan gambar itu dan membuat cerita kononsaya telah kahwin dengan ular.Ā Saya hanya ingin menyatakan kekecewaan terhadap sikap segelintir wartawan asing terlibat.

“Tindakan mereka jelas melanggar etika kewartawanan dalam menyiarkan berita, terutamanya kerana gambar-gambar itu jelas diambil daripada akaun Facebook saya sendiri,ā€ katanya yang dipetik The Star Online, semalam.

Abu Zarin menjelaskan bahawa dia memelihara ular untuk lebih memahami sifat tabii haiwan itu apabilaĀ dapat memerhatikan sendiri tingkah laku mereka. Menangkap ular malah adalah sebahagian daripada tugas ahli bomba.

ā€œSaya sering melatih ramai anggota lain bagaimana cara betul untuk mengendalikan dan menguruskan seekor ular supaya selepas ditangkap, kita dapat melepaskannya kembali kepada habitat semula jadi,ā€ jelasnya lagi.


Katanya, matlamat utama kursus latihan adalah bagi membolehkan anggota bomba dapat membiasakan diri dengan spesies ular, terutama gigitan dan bisanya, serta bagaimana untuk melakukan tangkapan tanpa perlu bunuh.

bomba4

Abu Zarin bahkan berkata dia tidak menyimpan ular yang sama sepanjang masa. Apabila terdapat ular baharu, ular sebelumnya akan dilepaskan ke dalam hutan hatta dia juga tidak pernah menyimpan ular selama lebih satu tahun.

“Saya kini mempunyai empat ekor ular di bawah jagaan.Ā Saya mula berlatih dengan ular pada tahun 2007. Minat saya datang daripada bapa saya sendiri, yang secara kebetulan merupakan seorang penjinak ular di Kelantan.

ā€œTetapi bakat saya hanya muncul apabila saya menyertai JBPM.Ā Ular sebenarnya tidak sukar untuk dikendalikan. Terdapat banyak dakwaan palsu di luar sana tentang ular, kononnya haiwan ini ganas atau menyerang manusia.

ā€œSebelum saya menyertai JBPM, saya juga takut ular. Namun saya dapat rasakan mewarisi bakat bapa dan kini saya masih berlatih dengannya,ā€ kata Abu Zarin yang tidak pernah diserang reptilia itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori