Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Khairy Kongsi Video Pengalaman...

SETAKAT ini perkembangan rasmi mengenai nahas helikopter masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa...

Dua Beranak Jadi ‘Tebusan’...

SAN DIEGO – Ia merupakan satu kejadian pelik namun pengalaman yang dialami oleh...

1 Kuasa Besar Sedang...

Jika saya ingin menulis tentang sebuah kuasa baru yang semakin berkembang di Timur,...

Laporan Isteri Robert Kuok...

PETALING JAYA - Laporan agensi berita Korea yang mendakwa isteri kepada ahli perniagaan...

Abam Bocey Dah Jadi Ayah

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon, Abam Bocey, 31, kini sudah bergelar seorang ayah.

Berkongsi kisah gembira ini melalui laman sosial Instagram miliknya, Abam memberitahu isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali, 28, selamat melahirkan anak lelaki mereka pada pukul 2.30 petang semalam di Hospital Selayang.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Allahuakbar… Allahuakbar!!! Terima kasih yang sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak saya,” tulisnya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan turut berkongsi gambar anak sulungnya itu.

Dalam masa yang sama Abam juga tidak lupa menyatakan rasa terima kasihnya kepada pasukan doktor dan jururawat yang membantu isterinya


“Terima kasih jururawat dan doktor di Hospital Selayang. Anda semua terbaik. Alhamdulillah, Subhanallah… Masya-Allah,” katanya lagi.

Sementara itu Abam dan Siti Norhidayah yang diijabkabulkan pada 8 Disember 2017 pernah berkongsi dengan Utusan Online untuk menjadi ibu bapa yang bersederhana dalam membesarkan zuriat mereka. – K! ONLINE

Kategori