Aaron Aziz Sekeluarga Keracunan Makanan

KUALA LUMPUR – Pelakon, Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik bersama anak bongsunya, Dahlia Arissa, 9, telah mengalami keracunan makanan sehingga ditahan di wad sebuah hospital swasta sejak semalam.

Menerusi kemas kini Insta Story Diyana, mereka bertiga kini semakin baik dan telah menerima rawatan sewajarnya.

“Alhamdulillah, ia mungkin boleh menjadi lebih teruk daripada ini.

“Meskipun sakit, masih mendapat ubat dan dipermudahkan segala urusan,” tulis Diyana lagi.

Menerusi kemas kini itu lagi, dapat dilihat ketiga-tiga mereka dimasukkan air ke dalam badan kemungkinan bagi mengatasi dehidrasi akibat simptom keracunan seperti muntah dan cirit-birit. – K! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

Is it the water yg direject or my blood yg nak suka suka keluar?

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on