Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Buaya Tembaga Timbul Apabila...

KUANTAN - “Bila jerit saja nama ‘Awang’ sambil baling bangkai dan kulit ayam...

Destinasi Baharu & Pelancaran...

BEIJING - Dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China, Malaysia memperkenalkan beberapa destinasi...

Tular Gambar Pekerja KLIA2...

SEPANG - Gambar rakaman video yang menunjukkan seorang pekerja pengimbas haba di Lapangan...

COVID-19: Tsunami ‘Mangsa’ Jika...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, sekali lagi merayu...

AADK Saran Ambil Bekas Penagih Sebagai Pekerja

KUALA LUMPUR – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyarankan agar badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta supaya menggaji bekas penagih dadah dalam usaha membantu proses pemulihan golongan itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata dengan cara itu, pihaknya akan lebih mudah mengesan dan memantau perkembangan bekas penagih dadah terbabit.

“Baru-baru ini, saya ada berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang (Chow Kon Yeow), dengan menyarankan syarikat swasta di negeri itu mengambil mereka (bekas penagih dadah) bekerja.

“Bajet (Belanjawan 2019) pun ada menyebut, bahawa kerajaan akan beri potongan cukai kepada syarikat yang boleh menggajikan bekas banduan.

“Jadi saya harap ia (menggajikan bekas banduan) boleh diperluaskan juga kepada bekas penagih dadah,” katanya dalam sidang media sesi dialog AADK bersama komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, di sini hari ini.

Jumaat lalu, semasa sesi pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencadangkan bagi memastikan bekas banduan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, potongan cukai tambahan dengan had jumlah saraan sebanyak RM4,000 sebulan diberikan kepada syarikat yang menggaji pekerja dalam kategori ini.

Beliau juga akan mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat dengan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia.


Menurut Zulkifli, mesyuarat itu akan membincangkan bidang-bidang tertentu yang diperlukan dan yang sesuai selain bekas penagih dadah ini diberi pendedahan dalam pelbagai latihan.

Tambahnya, Majlis Penyalahgunaan Dadah Malaysia (Masac) juga memainkan peranan yang penting dalam proses pemulihan bekas penagih dadah.

MASAC yang dianggotai lebih 60 gabungan badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai pusat pemulihan persendirian yang menjalankan program pemulihan serta aktiviti berkaitan penyalahgunaan dadah, katanya.

“Mereka mempunyai pusat pemulihan persendirian yang menerima bekas-bekas penagih dadah yang bermasalah seperti penghidap HIV untuk pemulihan selain membantu penagih lain menjalani proses pemulihan,” katanya. – BERNAMA

Kategori