Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Saya Malu Tonton Lakonan...

PENGHIJRAHAN kebanyakan selebriti wanita tanah air daripada tak bertudung kepada bertudung perlu dipuji...

Najib Tiba Di Sabah...

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah...

Fikirlah: Gaji Kecil Punca...

KETIKA 'lepak’ bersama seorang rakan di sebuah kafe di sekitar ibu kota, perbualan...

Janin Dalam Kandungan Tunjuk...

SEPASANG suami isteri dari Santaquin, Utah, Amerika Syarikat telah berkongsi sekeping foto hasil...

99 Individu Ditahan Setakat 9 Pagi Ini Kes Rusuhan Kuil

KUALA LUMPUR – Polis menahan 16 individu lagi untuk membantu siasatan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini minggu lepas, menjadikan jumlah yang ditahan meningkat kepada 99 orang setakat 9 pagi tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pernahanan terbaharu itu dilakukan di sekitar Lembah Kelang.

“Kita kini sedang siasat sama ada mereka yang baru ditahan ini merupakan sebahagian daripada 28 individu yang dicari sebelum ini,” katanya pada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Insiden rusuhan pada 26 Nov itu berkaitan dengan unsur jenayah, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara, selain kemusnahan 23 kenderaan yang dibakar perusuh, kerosakan sebuah bangunan serta gangguan kepada ketenteraman awam.

Dalam pada itu tinjauan Bernama di sekitar kuil tersebut hari ini mendapati pihak polis daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) masih lagi berkawal di situ. – BERNAMA

Kategori