Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bintang Rock Chris Cornell...

VOKALIS kumpulan rock Soundgarden dan Audioslave, Chris Cornell, disahkan meninggal dunia pada malam Rabu lalu,...

“Hari Ini Lain, Esok...

BUKIT DAMANSARA - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa Perdana...

Tabung Haji Serah Zakat...

KOTA KINABALU - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah...

Sultan Selangor Rasmi Bangunan...

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan bangunan baharu lapan tingkat bernilai...

970 Kes Baharu Covid-19, 4 Kematian, 2,348 Pulih

KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 merekodkan tiga angka dengan 970 kes sehingga 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kes kumulatif di negara sebanyak 59,817 kes dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 12,971 kes.

Menurutnya, daripada keseluruhan kes baharu yang dilaporkan hari ini membabitkan lima kes import, manakala 965 kes penularan tempatan.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Negeri Sembilan melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 318 kes diikuti Sabah (293 kes) dan Selangor (105 kes).

“Peningkatan kes di Negeri Sembilan banyak dipengaruhi oleh kluster berkaitan penjara iaitu Kluster Bakti yang melaporkan sebanyak 301 kes. 

“Sebanyak 318 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster penjara membabitkan Kluster Bakti (301 kes), Kluster Tembok (12) Kluster Matabai (3) dan masing-masing satu kes bagi Kluster Penjara Sandakan serta Kluster Penjara Reman,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini terdapat 110 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 47 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.


Selain itu, katanya, terdapat sebanyak 2,348 kes pulih dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 46,501 kes atau 77.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Tambah beliau, daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), empat kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 345 kes kematian.

“Kes kematian ke-342 (kes ke-42,004) membabitkan wanita berusia 73 tahun yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang. 

“Tiga kes kematian lagi membabitkan wanita bukan warganegara berusia antara 54 tahun hingga 77 tahun yang meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sabah serta Hospital Labuan,” katanya. – myMetro Online

Kategori