947 Mangsa Pencemaran Toksik Setakat Ini

PASIR GUDANG – Sejak insiden pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini pada 7 Mac lalu, seramai 947 mangsa telah mendapatkan rawatan awal.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, jumlah itu direkodkan di dua pusat rawatan awal yang dibuka iaitu Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih dan Dewan Taman Mawar di sini.

“209 mangsa telah dimasukkan ke dalam wad manakala seramai lapan mangsa yang lain telah ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kesemua mangsa telah diberi rawatan dan mereka yang ditempatkan di ICU juga stabil, termasuk mangsa yang ditularkan dalam media sosial,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri, di Menara Aqabah, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Loading...