Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malique Ucap Tahniah Kepada...

BEKAS penyanyi duo Too Phat, Malique Ibrahim mengucapkan tahniah kepada rakan seperjuangannya, Joe...

2X Data Percuma Untuk...

KUALA LUMPUR - Pelanggan Pelan MaxisONE (MOP) akan menikmati penambahan kuota data percuma...

Sri Lanka: Polis Tahan...

COLOMBO: Polis Sri Lanka menahan dua ahli Parlimen daripada parti pemerintah berikutan didakwa...

Ainan Tasneem Kesal Wakil...

LAMA juga tidak mendengar sebarang khabar terbaru mengenai penyanyi '150 Juta', Ainan Tasneem.Seingat...

904 Pengembara Ke Malaysia Positif Covid-19

SERAMAI 106,793 pengembara tiba di Malaysia sehingga semalam, dengan 904 daripadanya disahkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 904 kes yang dikesan, tiga tertinggi membabitkan 295 kes (32.6 peratus) dari Indonesia, diikuti Mesir dengan 93 kes (10.3 peratus) dan 70 kes dari Singapura (7.7 peratus). 

Menurut beliau, Malaysia akan terus memperketatkan aktiviti kesihatan awam yang dijalankan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara bagi memastikan jangkitan Covid-19 di luar negara dapat disekat.

“Trend jangkitan Covid-19 di Malaysia mahupun diperingkat antarabangsa dipantau rapi bagi memastikan tindakan kawalan bagi mencegah penularan jangkitan dalam negara segera diambil.

“Kawalan di PMA negara dipertingkatkan yang mana semua pengembara yang tiba di PMA akan melalui proses saringan kesihatan, pengambilan calitan bagi ujian Covid-19, memuat turun aplikasi MySejahtera dan menjalani kuarantin di stesen kuarantin selama 14 hari,” katanya pada kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa masyarakat supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada setiap masa. 


“Mengambil kira sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, cuti hujung minggu ini adalah panjang.

“Justeru, masyarakat disaran untuk mengelakkan sebarang perhimpunan besar-besaran dan mengikut norma baharu. 

“KKM ingin menekankan bahawa pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan di tempat yang sesak dan sempit oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020, terutamanya sekiranya penjarakan fizikal sukar diamalkan,” katanya. – myMetro Online

Kategori