Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Artis Ditahan Ikut Ajaran...

SEDIH bercampur kecewa apabila mendengar perkhabaran seorang pelakon dan penyanyi  berusia 40-an bersama...

Jualan Tiket Konsert 5...

KUALA LUMPUR - Penganjur Konsert 5 Divo yang menggabungkan lima penyanyi lelaki terkenal...

Bela Nasib Bekas Tentera.....

ALOR SETAR - Bagi memudahkan masalah dan keluhan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia...

Pelakon Air Mata Wan...

Setelah desas-desus tentang Wan Maimunah dan suaminya, Makpol Saimon dikatakan telah bercerai bertebaran...

90 Kematian, 121,590 Saman Dalam Op Selamat 15

KUALA LUMPUR – Sejumlah 90 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan dalam tempoh lima hari Op Selamat 15 sempena Hari Raya Aidilfitri ini, sejak ia dilancarkan Rabu lepas.

Ketua Komunikasi Korporat Polis, Asmawati Ahmad berkata, sehingga semalam 8,454 kemalangan termasuk 84 kemalangan maut dilaporkan di seluruh negara membabitkan 12,078 kenderaan.

“Selangor merekodkan jumlah kemalangan paling tinggi dengan 2,518 kes, diikuti Johor dengan 1,294 kes dan Kuala Lumpur 1,131 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asmawati berkata sebanyak 1,574 operasi dilaksanakan di seluruh negara dengan 121,590 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Bagi kes pecah rumah dan premis pula, 208 kes direkod dalam tempoh lima hari Op Selamat di seluruh negara,” katanya.


Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, polis memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama dalam Op Selamat 15/2019 bermula Rabu lepas sehingga 12 Jun.

Enam kesalahan itu ialah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

Kategori