Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tentera AS Kekal Di...

SINGAPURA - Amerika Syarikat (AS) melanjutkan penggunaan kemudahan ketenteraan di Singapura selama 15...

Akan Ada Menteri Cuba...

(Temuramah berikut disiarkan laman Johor Southern Tigers sebentar tadi - 11 Januari 2017)TEMUBUAL...

Sasar 480,000 Murid Tahu...

BALIK PULAU - Kementerian Pendidikan menyasarkan seramai 480,000 daripada 2.6 juta murid di...

Mursyidul Am PAS Kata...

KUALA LUMPUR - DAP mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti-Islam dan sentiasa...

9 Suspek Baharu Kes Bunuh Gengster Di Stesen Minyak

PONTIAN — Polis Johor kini memburu sembilan suspek baharu yang telah dikenalpasti terlibat dalam pembunuhan kejam seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, pada 17 Disember lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 40 tahun itu dipercayai daripada kumpulan kongsi gelap yang sama.

“Kita percaya semuanya mempunyai peranan dalam kes dan mereka juga mempunyai rekod jenayah. Waran tangkap telah dikeluarkan dan kita memohon orang ramai supaya memberikan kerjasama.

“Ini sekiranya mempunyai maklumat mengenai mereka berikutan polis akan mengeluarkan gambar dan identiti kesembilan-sembilan mereka,” kata beliau dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Amanat kepada warga polis Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian di sini, hari ini.

Ditanya sama ada kesemua suspek masih berada dalam negara berikutan kes telah berlalu lama, Mohd Khalil berkata: “Kalau mengikut laluan pintu masuk dan keluar negara, tiada rekod mengenai perkara itu (keluar daripada mereka).

“Jadi, kita percaya mereka masih dalam negara,” katanya.

Dalam kejadian 7.30 malam pada Ahad itu, mangsa yang berusia 40an maut setelah ditikam, dilanggar dan digilis sekumpulan empat lelaki yang dipercayai merupakan anggota kumpulan kongsi gelap.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta Volkswagen Polo bersama-sama seorang wanita warga asing berusia 20-an dipercayai isterinya singgah di stesen minyak berkenaan untuk mengisi angin tayar kereta.


Kemudian datang secara tiba-tiba sebuah kereta BMW dinaiki empat lelaki yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta berkenaan sebelum berlaku pergelutan yang mengakibatkan mangsa ditikam di bahagian dada.

Mangsa bagaimanapun berjaya meloloskan diri seketika namun tetap diekori oleh suspek yang bertindak melanggar dan menggilisnya.

Berikutan kejadian, seramai 15 suspek telah ditahan bagi membantu siasatan dan dua daripadanya akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok untuk dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang lain pula telah dibebaskan dengan jaminan polis. — BERNAMA

Kategori