Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Dirogol Bekas...

PETALING JAYA - Seorang ibu tunggal dirogol bekas kekasihnya dan dikurung kira-kira 10...

500 Kuntum Mawar ‘Surprise’...

PELAKON jelita, Nur Fazura menerima 500 kuntuman bunga mawar putih dan merah jambu...

Kadar Rt Covid-19 Tertinggi...

KUALA LUMPUR - Kelantan merekodkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R naught (Rt) tertinggi...

Wahid Omar Hiasi Muka...

LONDON - Ketokohan dan kecemerlangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri...

9 Krew TLDM Hanyut Cerita Kongsi Sebotol Air

KUANTAN – Hanyut dan terputus hubungan 50 jam dengan hanya bergantung kepada sebotol botol air sahaja adalah satu pengalaman memeritkan buat anggota bot Boarding Team KD Perdana.

Menceritakan pengalaman itu, Laskar Kanan Komunikasi Mohd. Zaidi Rahim, berkata mereka terputus hubungan dengan kapal induk kerana berlaku kekeliruan berikutan banyak bot nelayan asing ketika melakukan rondaan.

“Ia menyebabkan kami terputus hubungan sehingga hanyut ke Pulau Aur (berhampiran dengan Mersing, Johor)… kami hanya menunggu bantuan daripada KD Perdana tiba mencari tetapi mereka tidak datang jua.

“Hari pertama kami boleh bertahan lagi tetapi semangat mula menurun apabila hari kedua dan ketiga… kami hanya bergantung kepada air sahaja untuk tenaga tubuh badan.

“Bayangkan kami sembilan orang perlu berkongsi satu botol air… kami mencatu bekalan air kerana bimbang gagal ditemui untuk jangka panjang,” katanya ditemui pemberita di sini, hari ini.

Baca: 9 Anak Kapal KD Perdana Ditemui Selamat

9 Anak Kapal KD Perdana Ditemui Selamat

Bot yang dinaiki sembilan orang petugas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu berjaya dikesan pesawat ‘Beechcraft’ milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) susulan penemuan awal oleh sebuah kapal dagang.

Kapal KD Perdana dilaporkan terputus hubungan dengan bot yang membawa Tim Menggeledah ketika operasi pengusiran bot nelayan asing di perairan Sedili pada Sabtu lepas.


Mengulas lanjut ujar Mohd. Zaidi, selepas tiga hari dihanyutkan mereka kemudian terserempak dengan dua buah kapal nelayan milik warga tempatan tetapi anak kapalnya pula warga asing.

“Hati kami lebih gembira apabila dapat berjumpa keluarga tersayang hari ini, macam-macam bermain di fikiran sepanjang tempoh terputus hubungan dan dihanyutkan,” kata Mohd Zaidi.

Turut sama ialah Laskar Kanan Boarding Team dari kapal KD Perdana ialah Leftenan Mohd. Hidir Yusof; LK PAP Mohamad Rabidzi Rodzian, LK PAP Mohd Nurul Shahiran Salwi, LK KOM Mohd. Akmalnizam Amdan, LK KOM Suhaimi Shamsudin, Faisal Iskandar, LK I TMK Mohd. Fitri Ab Melek dan LK I TMK Zulhusni Sherhutdin.

Mereka turut disambut oleh TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin sejurus tiba di Pangkalan TLDM, Tanjung Gelang di sini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TLDM

Kategori