Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Aliff Syukri ‘Meraung’ Anak...

DATUK Seri Aliff Syukri berdepan detik cemas apabila anak bongsunya, Ibraheem Adham hilang...

Kabinet Akan Kaji Cadangan...

KUALA LUMPUR - Kabinet memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji penubuhan jawatankuasa baharu...

Antara Azmin, Rafizi…Ini Kata...

SETIAWANGSA – Dalam usaha menyiapkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil...

Salah Laku Seks, Penyanyi...

PENYANYI dangdut popular Indonesia, Saipul Jamil, 36, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh...

9 Kluster Baharu Covid-19 Di 7 Negeri

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sembilan kluster baharu yang dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Kedah, Terengganu dan Pahang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok dilaporkan di Hulu Langat, Selangor yang dikesan hasil saringan bersasar di Penjara Wanita Kajang dengan 217 kes dikesan positif. 

“Kluster Jalan Masjid yang dilaporkan di Lembah Pantai dan Kepong, Kuala Lumpur hasil saringan bersasar di sebuah syarikat tekstil di Jalan Masjid India membabitkan 16 kes dikesan positif dalam kluster ini. 

“Kluster Jalan Taruka di Johor Bahru, Johor, hasil saringan bersasar di sebuah kilang dengan 38 kes dikesan positif,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, manakala Kluster Taman Sayong Pinang dilaporkan di Kota Tinggi, Johor, hasil saringan kontak rapat membabitkan sebuah majlis perjumpaan keluarga dengan 18 kes dikesan positif. 

“Kluster kelima adalah Kluster Sri Gading yang dilaporkan di Batu Pahat, Johor, hasil saringan individu bergejala membabitkan sebuah kilang tekstil dengan tujuh kes dikesan positif. 

“Kluster Rakut yang dilaporkan di Miri, Sarawak, hasil saringan kontak rapat membabitkan sebuah majlis perkahwinan membabitkan 10 kes positif,” katanya. 

Beliau berkata, kluster ketujuh dikenal pasti adalah Kluster Kupang yang dilaporkan di Baling, Kedah, hasil saringan individu bergejala dengan 14 kes dikesan positif dalam kluster berkenaan. 


“Kluster Kluster Kebor Air yang dilaporkan di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Dungun, Terengganu, hasil saringan kontak rapat membabitkan dua institusi pengajian awam dengan 18 kes positif. 

“Kluster terakhir dikenal pasti adalah Kluster Rantau Cempaka yang dilaporkan di Maran, Pahang serta Hulu Langat, Selangor, hasil saringan individu bergejala membabitkan perhimpunan keluarga dengan 14 kes dikesan positif,” katanya. 

Beliau berkata, sebanyak 669 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 364 kluster dilaporkan tamat, setakat hari ini. 

“Tiga kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Tengah, Kluster Inten dan Kluster Jambatan B menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 305 kluster.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 81 kluster melaporkan pertambahan kes, hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (217 kes), Kluster Jalan Selayang (188 kes) dan Kluster Pasai (90 kes),” katanya. – myMetro Online

Kategori