Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Guru Agama Berperanan Pelihara...

KOTA KINABALU - Guru agama memainkan peranan penting dalam membimbing dan membentuk sikap...

UPSR Bocor:  Guru, Tolong...

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memberi amaran kepada guru-guru untuk tidak bersubahat dengan...

Tangguh Lawatan Tak Penting...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar hari ini menasihati rakyat Malaysia menangguhkan lawatan tidak penting...

PDRM Tubuh Unit Khas...

KUALA LUMPUR - Sindiket judi haram di negara ini bakal akhirnya 'tunduk' kepada...

9 Kes Baharu Covid-19, Tiada Kematian

SEBANYAK sembilan kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini, sekali gus merekodkan 9,103 kes positif keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada sembilan kes baharu yang dilaporkan, lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara.

Menurutnya, lima kes import itu adalah dari negara Jepun, India, Pakistan, New Zealand dan Singapura. 

“Semua empat kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan bukan warganegara.

“Tiga kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil sebelum dihantar pulang ke negara asal dan satu kes saringan rujukan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, sehubungan itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 169 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan di hospital. 


“Terdapat enam kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 8,809 kes dengan kadar kesembuhan 96.7 peratus.

“Sehingga kini, terdapat dua kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan dan dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini dan kekal 125 kes,” katanya. – myMetro Online

Kategori