88 Sembuh, Satu Kematian, 70 Kes Baharu Covid-19

SATU kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini 109 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 70 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 6,726 kes keseluruhan dalam negara.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 31 kes baharu itu membabitkan jangkitan terhadap warga asing, yang mana ia membabitkan 13 kes import, manakala 57 kes membabitkan penularan dalam komuniti.

Katanya, seramai 12 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tujuh pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus bertambah. Terbaru, seramai 88 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 5,113 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 76 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,504 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.