80 Anggota Kesihatan Positif COVID-19

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mendedahkan seramai 80 anggota perkhidmatannya dikesan positif jangkitan COVID-19, setakat ini.

Berdasarkan siasatan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan punca jangkitan semua anggota perkhidmatan itu bukan disebabkan pengendalian kes positif COVID-19 di kemudahan seliaan kementerian.

“Bagaimanapun, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan dinasihati mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti disarankan.

“Terutama dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya, sebentar tadi.

COVID-19 setakat hari ini mencatatkan 21 kematian, termasuk enam peserta perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang diadakan antara 27 Februari hingga 1 Mac lalu. – BH Online

Loading...