Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

PDRM Bebaskan Kesemua Rakyat...

KUALA NERUS - Polis Diraja Malaysia sedang mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa Filipina...

Aliran Trafik Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan...

Keluarga Minta Jenazah Dibawa...

KUALA LUMPUR - Keluarga pensyarah dan imam warga Palestin Dr. Fadi Mohammed Al...

Renminbi Bukan Lagi Mata...

WASHINGTON - Amerika Syarikat telah menarik semula dakwaannya yang menyifatkan mata wang China...

8 Termasuk Sarjan Didakwa Sebabkan Kematian

SEORANG sarjan tentera antara lapan lelaki Orang Asli yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki enam tahun lalu.

Mereka ialah Sjn Hanny a/l Itam, 34; Norazizan a/l Awang, 34; Lemay Uda Jamil, 34, Laies a/l PA Engah, 36; Ramlan a/l Dollah, 24; Jassiva a/l Pandak, 29; Azwan a/l Alim, 28 dan Irwan a/l Ngah, 27.

Mereka dituduh secara bersama-sama menyebabkan kematian Mohd Azrin Mohd Arif di Kampung Chenderung Kelubi, Tanjung Tualang antara 12 tengah malam hingga 3.30 pagi pada 5 April 2013, menurut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Julie Lack Abdullah menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.


Media sebelum ini melaporkan polis menahan tujuh suspek di sekitar Kampung Gajah dan Tanjung Tualang antara 29 Januari hingga 2 Februari lalu sementara anggota tentera terbabit ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Arau, Perlis pada 4 Februari lalu.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan kes Mohd Azrin yang mayatnya ditemukan terapung di kawasan lombong di kampung berkenaan pada 6 April 2013. – BERNAMA

Kategori