Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Kenapa Survei Utusan TV,...

KENAPA 2,653 orang sahaja yang berminat untuk mengundi “siapakah pilihan anda di antara...

PM Tiba Di Bali...

BALI (Indonesia) - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Bali, Khamis,...

Akar Umbi PKR Berpecah...

SOKONGAN akar umbi terhadap pemimpin PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida...

Tanah Runtuh: Dihenti Lepas...

PULAU PINANG - Unit anjing pengesan polis (K9) akan dihantar untuk melakukan kerja-kerja...

8 ‘Pelakon Hebat’ Dewan Rakyat, Syed Saddiq Hero

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional berkata, ADA ramai pelakon berkelayakan di Dewan Rakyat.

Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) turut menamakan 8 “pelakon hebat” di Dewan Rakyat, termasuk dirinya dan speaker, serta mencadangkan sebuah filem dibuat berdasarkan Dewan Rakyat.

Katanya, selain dirinya dan speaker Mohamad Ariff Md Yusof, “pelakon hebat” lain adalah Shamsul Iskandar Md Akin (PH-Hang Tuah Jaya), RSN Rayer (PH-Jelutong), Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar), Johari Abdul Ghani (PH-Sungai Petani), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar) dan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena).

“Saya cadangkan hero sepatutnya Syed Saddiq,” katanya secara berseloroh.

Terdahulu, pada sesi soal jawab, Ismail bertanya jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil kakitangannya untuk berlakon dalam filem, bukannya mencari bakat luar, merujuk kualiti penerbitan stesen penyiaran kerajaan itu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, kementerian itu terbuka kepada sesiapa saja untuk berlakon dengan RTM. – FMT

Kategori