8 Dipanggil Polis Bantu Siasatan Tidak Hormat Negaraku

KUCHING – Lapan individu telah dipanggil untuk diambil keterangan berhubung satu rakaman video yang tular memaparkan sekumpulan individu yang dilihat enggan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan dalam satu majlis di sini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dev Kumar berkata kesemua individu terbabit bagaimanapun tidak ditahan selepas keterangan mereka selesai dirakam.

Katanya pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan tengah hari tadi.

“Berdasarkan laporan ini, polis telah memulakan siasatan di bawah seksyen 8(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968,” katanya dalam jawapan ringkas kepada Bernama.

Menurut laporan portal tempatan, kesemua individu berkenaan dipercayai merupakan ahli Kumpulan Sarawak For Sarawakians (S4S) yang bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap janji kerajaan Persekutuan kepada negeri itu yang tidak dipenuhi.

Video berdurasi 22 saat berkenaan dipercayai dirakam di satu majlis makan malam, minggu lepas, sebelum dimuat naik di media sosial dan dikongsi lebih 4,000 akaun.

Loading...