Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Diskaun Khas Pembayar Pinjaman...

SHAH ALAM : Pemberian diskaun khas bagi pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan...

Zaman Mahathir Peguam Negara...

KUALA LUMPUR - Zaman pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan...

Jangan Malu Buat Laporan...

KUALA LUMPUR - Sikap malu mangsa jenayah seksual terutama kanak-kanak yang tidak membuat...

Bekalan Air Dijangka Pulih...

KUALA LUMPUR : Bekalan air yang terjejas akibat pencemaran di Loji Rawatan Air...

8.8 Juta Mati Awal Akibat Pencemaran Udara

PARIS – Seramai 8.8 juta penduduk dunia mati awal, tahun lalu, termasuk 790,000 orang di Eropah dalam tempoh sama, menurut satu kajian yang diterbitkan.

Penyelidik dalam kajian itu melaporkan antara 40 hingga 80 peratus daripada jumlah kematian lebih tinggi adalah disebabkan serangan jantung, angin ahmar dan beberapa jenis penyakit kardiovasuklar yang tidak diambil kira sebagai kematian yang turut berpunca daripada jerebu.

Secara purata, campuran toksik bahan pencemar daripada kenderaan, industri dan pertanian memendekkan hayat mereka yang mati awal sebanyak 2.2 tahun, menurut kiraan mereka.

“Ia bermakna pencemaran udara menyebabkan lebih banyak kematian tambahan setahun berbanding merokok yang menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia bertanggungjawab terhadap 7.2 juta kematian tambahan pada 2015,” kata penulis kajian kanan yang juga profesor di University Medical Centre Mainz, Jerman, Thomas Munzel.

Difahamkan, habuk udara kecil dan besar, nitrogen dioksida (NO2), sulfur dioksida (SO2) dan ozon (O3) dikaitkan dengan penyusutan prestasi kognitif, produktiviti buruh dan prestasi pendidikan.


Kajian baharu itu yang diterbitkan dalam European Heart Journal yang menumpukan kes di Eropah, namun ia turut memasukkan statistik yang terpakai di seluruh dunia.

“Jumlah kematian yang dikaji semula untuk China adalah 2.8 juta kematian setahun, ia lebih dua setengah kali ganda berbanding jangkaan semasa,” kata penulis utama dan penyelidik di Max-Plank Institute for Chemistry, Jerman, Jos Levieveld. – Agensi

Kategori