Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Saifuddin Akui Perjanjian Pakatan...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Budak Iklan TNB #Lepastu...

MASIH ingatkah lagi anda dengan iklan Hari Raya Aidilfitri dari Tenaga Nasional Berhad (TNB)...

Kerajaan Nafi Lulus Pinjaman...

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan menafikan ia meluluskan pembiayaan atau memberi jaminan kewangan kepada...

BlackBerry Porsche Design P’9983,...

Dalam arena peranti pintar, dunia nampaknya sedang menumpukan perhatian kepada pelancaran iPhone 6...

78.8 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Divaksin

KUALA LUMPUR – Seramai 18,453,322 individu atau 78.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan setakat semalam, 93.3 peratus atau 22,001,266 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 219,081 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 60,773 dos pertama daripada vaksin dua dos dan 158,308 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 40,375,056 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, menurut portal Covidnow dan GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) terdapat pertambahan 376 kes maut akibat Covid-19 dilaporkan setakat 11.59 malam 19 September, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini kini 23,443.


Jumlah itu merangkumi tujuh kematian sebenar harian Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam (19 Sept), manakala selebihnya adalah kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.

Bagaimanapun angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Berdasarkan graf purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari pula, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – BERNAMA

Kategori