Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lin Dan Tersingkir Saingan...

SHAH ALAM - Juara dunia lima kali, Lin Dan tersingkir pada saingan suku...

Kerjasama PDRM-PR1MA, Peluang Warga...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis...

3,074 Kes Covid-19 Dilaporkan...

PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan kepada 3,074 kes hari ini,...

Korea Utara Usir Pelancong...

SEOUL - Korea Utara mengusir seorang pelancong Jepun yang ditahan ketika melawat negara...

761,263 Individu Lengkap 2 Dos Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR – Seramai 761,263 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), sehingga kelmarin.

Menurut infografik twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), angka itu adalah sebahagian daripada 1,234,630 individu yang menerima dos pertama, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini kepada 1,995,893 dos sehingga jam 11.59 kelmarin (17 Mei).

Katanya, Selangor merekodkan pemberian lengkap dua dos vaksin tertinggi iaitu 103,981 orang, diikuti Kuala Lumpur (81,009), Sarawak (71,969), Johor (70,488) dan Perak (62,401).

Sehingga semalam, menurut statistik Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), kira-kira 42.20 peratus atau 10,232,913 individu sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi berjumlah 2,646,811 orang.

Negeri yang mencatatkan pendaftaran terendah ialah Terengganu iaitu seramai 284,789 orang.


Mengikut perancangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lalu yang membabitkan 500,000 kakitangan barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, membabitkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih. – BH Online

Kategori