Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kenaikan Tarif Air Bukan...

PETALING JAYA – Kenaikan tarif air tidak dapat dielakkan, dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan...

Permit Individu & Geran...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menawarkan permit teksi individu dan geran RM5,000 untuk...

MH370: Kapal Keempat Akan...

SYDNEY - Kapal keempat yang dilengkapi peralatan canggih dasar laut dijangka menyertai misi...

FB Mohon Maaf Padam...

PENGGUNA Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila gambar bogel pelakon terkenal Amerika...

75 PATI Di Tapak Binaan Di Batu Kawan Dicekup

BATU KAWAN – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 75 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara dalam operasi di sebuah tapak pembinaan di Bandar Cassia, di sini awal pagi semalam.

Dalam operasi bermula pukul 1 pagi dan tamat lima jam kemudian itu, penguatkuasa JIM Pulau Pinang memeriksa 175 warga asing di tapak pembinaan berkenaan.

Pengarah JIM Pulau Pinang Meor Hezbullah Abdul Malik berkata 75 PATI termasuk tujuh wanita ditahan dalam operasi hasil risikan dan intipan yang dijalankan sejak minggu lepas itu.

“Semasa operasi itu kebanyakan warga asing berkenaan sedang tidur namun ada antara mereka yang menyedari kehadiran penguatkuasa Imigresen dan bertempiaran lain cuba meloloskan diri dengan memanjat bumbung rumah kongsi untuk menyembunyikan diri.

Ada juga warga asing yang cuba melarikan diri dengan merempuh penguatkuasa namun usaha mereka gagal kerana kawasan tapak pembinaan itu telah dikepung terlebih dahulu sebelum serbuan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Izham berkata PATI yang ditahan terdiri daripada 41 lelaki dan seorang wanita Bangladesh, 19 warga Myanmar termasuk dua wanita dan 10 lelaki serta empat wanita Indonesia dan kesemua mereka berusia 24 hingga 50 tahun.

Katanya hasil pemeriksaan mendapati mereka tiada dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa, tiada permit kerja dan menyalah guna pas lawatan sosial.


“Saya ingin memberi amaran kepada majikan supaya memastikan semua pekerja asing yang digajikan mereka mempunyai dokumen yang lengkap termasuk pas bekerja dan jika majikan gagal mematuhi peraturan mereka boleh di denda serta sebat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata dalam operasi berasingan di George Town semalam, pihaknya menahan 24 PATI yang bekerja di sebuah medan selera kerana pelbagai kesalahan menurut Akta Imigresen 1959/1963.

Katanya mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 40 tahun itu terdiri daripada 17 lelaki Bangladesh, lima termasuk tiga wanita Thailand dan dua wanita Vietnam.

“Dalam operasi itu, kami turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang merupakan pemilik perniagaan berkenaan kerana menggaji PATI,” katanya. – BERNAMA

Kategori