Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dollah Salleh Puji Aksi...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih negara, Dollah Salleh memuji pemain muda dalam skuad...

Tak Boleh Kurangkan Pengambilan...

IPOH - Kementerian Kesihatan tidak boleh sesuka hati mengurangkan bilangan doktor dan anggota...

584 Pelajar IPT Dihantar...

SERAMAI 584 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan dihantar pulang ke kampung halaman...

Peruntukan Atlet, Jurulatih Berdasarkan...

PUTRAJAYA – Setiap atlet dan jurulatih akan diberikan satu sasaran Indeks Petunjuk Prestasi...

732,911 Individu Lengkap 2 Dos Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR – Seramai 732,911 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sehingga kelmarin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata angka itu adalah sebahagian daripada 1,192,426 individu yang menerima dos pertama, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini kepada 1,925,337 dos sehingga Sabtu.

Katanya, Selangor merekodkan pemberian lengkap dua dos vaksin tertinggi iaitu 99,797 orang, diikuti Kuala Lumpur (80,662), Johor (69,562), Sarawak (69,353) dan Perak (60,617).

Sehingga semalam, menurut statistik Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), kira-kira 41.80 peratus atau 10,146,732 individu sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi berjumlah 2,615,118 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lalu yang membabitkan 500,000 kakitangan barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.


Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, membabitkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Pendaftaran untuk menerima vaksin boleh dibuat menerusi MySejahtera atau di pautan http://vaksincovid.gov.my. Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian 1800888828. – BH Online

Kategori