Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

4 Maut, Serangan Bunuh...

KABUL - Empat maut, manakala 20 lain cedera dalam serangan bunuh diri di...

Tiga Anggota TLDM Maut,...

RANAU - Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut...

Gembira Isteri Dapat Kerja,...

Bengkulu - Sebagai memenuhi nazarnya, Seno Agritinus Malvin akan berjalan sejauh 270 kilometer...

Trend Berhenti Pekerja Tak...

KUALA LUMPUR - Jumlah pekerja yang diberhentikan sejak kemunculan jangkitan Covid-19 masih menunjukkan...

7,000 Pelajar B40 UM Tuntut Pulang Semula RM120


KUALA LUMPUR – Kira-kira 7,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di Universiti Malaya (UM) menuntut pihak pentadbiran kolej kediaman memulangkan semula bayaran yuran makan malam sebanyak RM120.

Pengerusi Angkatan Mahasiswa UM, Muhammad Ahnaf Mohd. Yunus, 23, berkata, yuran tersebut telah dipotong serentak dengan yuran pengajian dan penginapan kolej para pelajar pada minggu ketiga semester tahun ini iaitu kira-kira sebulan lalu.

Tegas pelajar tahun empat di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan itu, para pelajar kemudiannya dipaksa hadir ke majlis makan malam itu yang lazimnya akan diadakan di hotel bertaraf lima bintang sekitar bandar raya ini.

“Apabila para pelajar memohon supaya wang tersebut dikembalikan, pihak pentadbiran mengugut mereka tidak akan dapat kolej kediaman pada semester hadapan. Adilkah berbuat demikian?

“Ada pelajar yang nak makan setiap hari pun tiada duit, pihak pentadbiran kolej tanpa perikemanusiaan memaksa pula pelajar membayar RM120 makan malam di hotel yang gah,” katanya.


Terdahulu, Muhammad Ahnaf bersama 10 wakil pelajar bagi setiap kolej kediaman di UM berhimpun di hadapan Bangunan Canselori universiti tersebut bagi menyerahkan memorandum bantahan yuran makan malam kepada Naib Canselor UM, Datuk Dr. Ir. Abdul Rahim Hashim. – UTUSAN ONLINE

Kategori