Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

30 Rugi RM1.25 Juta...

KUALA LUMPUR - Tiga puluh individu mendakwa kerugian RM1.25 juta kerana ditipu sebuah...

PRU-15: 50 Inisiatif Tekad...

Jelebu : Sumbangan kewangan RM300 dan 30 kilogram beras kepada pasangan bakal mendirikan...

Skandal Terowong Dasar Laut:...

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa pejabat di Kompleks...

Heboh!!! Jajan Bermotif Lucah...

JAJAN dengan nama tidak senonoh dan imej bermotifkan lucah dikesan berleluasa dijual di...

7 Tips Keselamatan Sebelum Pulang Beraya

Kami percaya minggu ini sudah ramai yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam keghairahan anda semua pulang ke kampung, jangan lupa langkah-langkah persediaan keselamatan untuk mengelak daripada berlakunya kes pecah rumah.

Inilan antara beberapa hal yang perlu anda lakukan sebelum bertolak pulang ke kampung halaman.

ISI BORANG
Pastikan anda mengisi borang balik kampung yang mengandungi maklumat penting untuk membolehkan pihak polis memantau rumah dan meronda kawasan persekitaran rumah anda semasa ketiadaan tarikh yang dinyatakan.

7 Tips Keselamatan Sebelum Pulang Beraya

MAKLUM JIRAN
Berpesan-pesanlah pada jiran yang tidak pulang ke kampung untuk tengok-tengokkan rumah anda dan melaporkan sekiranya terdapat perkara atau perbuatan yang mencurigakan.

7 Tips Keselamatan Sebelum Pulang Beraya

KUNCI BERFUNGSI
Pastikan sekali lagi bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci dengan betul. Gunakan mangga (ibu kunci) yang berfungsi dengan sempurna dan bukan dalam keadaan rosak.

7 Tips Keselamatan Sebelum Pulang Beraya

MATIKAN SUIS
Untuk memastikan segala harta benda di dalam keadaan selamat, periksa peralatan elektrik setiap ruang termasuk bilik tidur untuk mengelakkan berlakunya kebakaran.


7 Tips Keselamatan Sebelum Pulang Beraya

KUNCI PENDUA
Jika sebelum ini terbiasa menyimpan kunci pendua di dalam pasu bunga atau alas kaki, elak menyembunyikannya sepanjang cuti panjang ini. Sebaliknya, serahkan kunci kepada orang yang boleh dipercayai. Tujuannya adalah untuk persediaan jika ada berlaku perkara tidak diingini.

7 Tips Keselamatan Sebelum Pulang Beraya

HENTIKAN lANGGANAN
Maklumkan kepada pihak pembekal akhbar atau majalah untuk menghentikan penghantaran bahan bacaan tersebut sepanjang ketiadaan anda.

7 Tips Keselamatan Sebelum Pulang Beraya

SENTIASA BERDOA
Sebelum melangkah keluar rumah, jangan lupa berdoa kepada-Nya supaya rumah dilindungi dan segala urusan dipermudahkan.

7 Tips Keselamatan Sebelum Pulang Beraya

Diharap perjalanan pulang ke kampung berjalan lancar dan jangan lupa utamakan keselamatan di jalan raya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori