Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Terengganu Terima Bayaran Royalti...

KUALA TERENGGANU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menyerahkan pembayaran royalti penggunaan...

Golongan Transgender Disaran Guna...

KUALA LUMPUR – Golongan transgender disaran menggunakan tandas orang kelainan upaya (OKU) bagi...

Cubaan Korea Utara Lancar...

SEOUL - Korea Utara cuba untuk melancarkan peluru berpandu dekat Sinpo di pantai...

Soal Kebajikan Negara Lebih...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata soal kebajikan negara lebih penting...

7 Tebusan Di Paris Selamat, Perompak Larikan Diri

PARIS – Beberapa orang dijadikan tebusan di sebuah agensi pelancongan di ibu kota Paris pada Jumaat namun polis Perancis mengesahkan mereka sudah dibebaskan dengan selamat.

Bagaimanapun, perompak bersenjata yang menahan mereka berjaya meloloskan diri dan kini gerakan memburu giat dijalankan.

“Rompakan bersenjata di Massena Boulevard di Paris: Operasi berakhir,” kicau jurucakap polis Paris menerusi laman sosial Twitter.

“Enam orang dilepaskan. Perompak tidak lagi berada di dalam premis.” Sumber berkata, tujuh tebusan itu ditemui selamat selepas mereka ditahan di agensi pelancongan yang terletak di selatan Paris itu.

Kejadian itu mencetuskan operasi besar-besaran polis di Paris, menyaksikan kawalan keselamatan masih tinggi selepas siri serangan pengganas sejak dua tahun lalu, termasuk tragedi November 2015 yang meragut 132 nyawa.

Polis mengepung kawasan sekitar agensi pelancongan Asieland, yang mengutamakan pelancongan ke Asia.

Terdahulu sumber polis memberitahu agensi berita AFP, perompak bersenjatakan senapang patah dan menjadikan tujuh orang tebusannya.

Agensi itu terletak di wilayah ke-13 di Paris, kawasan penempatan yang padat dengan restoran masakan Asia dan diduduki ramai komuniti Cina.

Perompak itu menyerang syarikat berkenaan kira-kira puku; 6.30 petang waktu tempatan, menjadikan beberapa orang di dalamnya sebagai tebusan.


Tebusan dibebaskan dua setengah jam kemudian, dengan tangan di atas kepala, kata sumber polis, menambah mereka dirawat perkhidmatan kecemasan di bangunan bersebelahan.

Polis kemudian menggeledah bangunan dan menyedari penyerang sudah melarikan diri.

“Kami melihat empat atau lima orang keluar dengan tangan di atas kepala, diikuti 15 pegawai.

“Tiada tembakan, tidak letupan.

Ia sudah berakhir,” kata seorang penduduk tempatan, Zinedine, 55, yang keluar untuk memberi rokok.

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, berterima kasih kepada polis kerana kepantasan dan profesionalisme di Twitter, menambah: “Saya menawarkan sokongan kepada kakitangan dan pelanggan agensi yang berhadapan tindakan jenayah ini.” AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori