Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Dari Mukah Dipercayai...

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan dari Kampung Pangtray,...

Honda Malaysia Panggil Balik...

SEBANYAK 28,399 model kenderaan Honda di Malaysia yang dikeluarkan pada 2013 dipanggil balik...

Kehidupan Di Penjara Satu...

PETALING JAYA - Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari mengakui kehidupannya di...

Bukan Islam Muktamad Tak...

PUTRAJAYA - Muktamad... Mahkamah Persekutuan pada Khamis memutuskan bahawa peguam bukan beragama Islam...

7 Krew Malindo Air Dikuarantin 14 Hari Di Zhengzhou

KUALA LUMPUR – Malindo Air mengesahkan bahawa tujuh anak kapalnya dikuarantin selama 14 hari di Zhengzhou, China kerana terdapat seorang penumpang dalam pesawat dari wilayah Hubei yang disyaki mempunyai koronavirus.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi syarikat penerbangan itu, anak kapal tersebut mengendalikan pesawat dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou pada 24 Januari (Jumaat).

“Malindo Air memantau rapi keadaan itu dan menyediakan bantuan yang diperlukan oleh anak kapal berkenaan serta pihak berkuasa di China, bagi meminimumkan penularan koronavirus itu.

“Penyaringan proaktif penumpang di lapangan dan kawalan yang lebih ketat ke atas pergerakan penumpang untuk semua penerbangan pergi dan dari tanah besar China sedang berjalan.

“Semua penumpang China dari wilayah Hubei (seperti yang ditunjukkan dalam pasport) mesti mengemukakan sijil perubatan untuk membuktikan bahawa mereka layak menaiki pesawat. Penumpang yang didapati tidak sesuai untuk perjalanan akan ditolak untuk menaiki penerbangan,” menurut kenyataan itu.

Penumpang boleh menghubungi pasukan Khidmat Pelanggan Malindo Air [email protected] atau hubungi + 603-7841 5388 (8 pagi hingga 10 malam untuk membatalkan atau mengubah rancangan perjalanan mereka. 

Kategori