7 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat tujuh kes baharu positif COVID-19 dikesan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 8,725 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini adalah 83 kes.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, hanya ada satu kes yang sudah pulih dan dibenarkan pulang, ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 8,520 kes atau 97.6 peratus.

“Sehingga kini, empat pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya yang berkongsi perkara itu di Facebook.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, bagi kes kematian disebabkan COVID-19 pula, tiada pertambahan kes dan jumlahnya kekal 122 kes bersamaan 1.39 peratus. – BH Online

Loading...